Wednesday, December 28, 2011

Final Exam

#Final Exam- Victory loves preparation.Desire and Willpower. Do or die. May ALLAH make it easy for us. Effort,Dua'a, Tawakkaltu ilALLAH.

Saturday, December 10, 2011

Dimudahkan Urusan.

kadang-kadang kita tidak sedar ALLAH memudahkan urusan kita.

Menurut Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid: ‘Nabi s.a.w. pernah bersabda: ‘Allah mengasihi makhluk-Nya lebih daripada seorang perempuan kasihkan anaknya.’ Menurut beliau lagi, terlalu jauh perbandingan antara kasih ibu dan anak dengan kasih Allah dan makhluknya. Allah ‘azzawajalla amat mengalu-alukan penyesalan dan taubat daripada hamba-Nya. Allah ‘azzawajalla juga bukan sekadar menerima taubat bahkan menerima taubat yang berulang-ulang kali berdasarkan sebuah hadith sahih (HR Muslim)

Friday, October 28, 2011

Ayah dan Anak

Diri penulis sangat mengkagumi insan yang bernama "Abah".
Tapi semestinya Umi adalah insan yang pertama dikasihi dan dihormati.

Lagikanlah dia adalah insan yang bernama Abd. Razak Bin Kaprawi,
Dialah inspirasi diri, penenang jiwa, memeberi idea, penimbang rasa,
Sangat tabah, idealismanya tinggi,falsafahnya mendalam,penuh keistimewaan,
Sangat bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan Absh seperti beliau.

Moga ALLAH memberikan kemudahan,rahmat dan rezeki yang melimpahi beliau dan Umi tercinta ini.
Ini juga salah satu perbualan antara ayah dan seorang anak..

video

Moga perkonsgian ini beri manfaat dan dijauhkan dari segala kemurkaan ALLAH.

Friday, October 21, 2011

Yakin!

Yakinlah ALLAH sentiasa bersama-sama orang yang beriman kepadaNYA.

Sunday, September 25, 2011

IbuBapa Pintu Masuk Syurga.

Seruan Dr.Muhammad Badie kepada mahasiswa/i di suatu pertemuan di Mesir.

Ingatlah Allah dan ingatlah pesanan Allah mengenai ibu bapa kamu. Mereka adalah jalan kamu menuju ke syurga. Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka, dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan berendah dirilah dengan mereka. Elakkan diri kamu dari perkara yang menimbulkan kemarahan mereka atau melanggar suruhan mereka dalam perkara yang makruf

Di dalam mentafsir firman Allah yang bermaksud “maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)., sebahagian ulamak berkata, hendaklah kamu bercakap dengan lembut, mengandungi perasaan belas kasihan, manarik hati mereka, sesuai dengan kehendak dan kecenderungan mereka sedaya mampu kamu, lebih-lebih lagi ketika mereka telah tua.

Health is Hard.

Harga sebuah kesihatan sangat mahal. Tubuh badan ALLAH bagi kepada kita juga sungguh tinggi nilainya dan semestinya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit (Sir Abdoh,2011).

Sebagai seorang Islam, kita perlu berusaha menjaga kesihatan disetiap lapisan usia.Kita perlu tahan lasak-cergas-sihat sepanjang hayat agar keaiban sebagai seorang Islam itu tidak muncul(Sir Abdoh,2011)

Dalam kita bersukan dan bersenam untuk memperoleh kesihatan, kita sebenarnya bukanlah berlawan dengan individu lain. Tetapi melawan diri sendiri (sir Abdoh,2011).

Tapi sungguh benar dan nyata.."Medan berkata-kata tidak sama dengan medan beramal".

Sir Abdoh-Amanah Riadhah HALUAN MALAYSIA.

Thursday, September 22, 2011

For The Love

Love without thinking like shoot without aiming- Boona Mohammad

video

She is Islam and I..??I'm in love.

Thursday, September 15, 2011

Sedar tidak sedar

Sedar tidak sedar, syaitan bersungguh-sungguh untuk meregangkan jalinan ukhwah yang berlandaskan kasih sayang islam.Ada sahaja yang dibisikkan.

Licik, pantas , bijak adalah siulan bagi mereka.

Moga ALLAH jauhkan kita dari syaitan yang direjam.


Wednesday, September 14, 2011

Anak Adam

Jika kita rasa diri ini tidak berpeluang menjadi baik, sudah terlambat mahu bertaubat, tidak faedah lagi membuat baik, terasa diri terlampau kotor dengan jahiliyah...ingatlah bahawa...

Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan, adalah orang yang bertaubat.-hadis-

Selagi nyawa dikangdung badan, pintu taubat dibuka seluas-luasnya. Sesunggunya ALLAH Maha Pengampun lagi menyayangi hambaNYA.

Tuesday, August 23, 2011

Pengakhiran

Malu jika bersungut soal kudrat.
Tulang 4 kerat sering sahaja mengadu penat.
Tapi hati sering mengatakan adakah kau sudah pasti amalan itu dikira atau hanya tenat yang kau dapat??
Jika nak dibandingkan orang terdahulu, memang sangat jauh yang amat.

Jadi, beringat-ingatlah ketika hendak berucap dengan suara kuat, takut itu semua henjutan motivasi yang entah berapa saat.
Hakikatnya sama-sama kita cuba menjalankan sesuatu yang memang berat.
Realitinya disekeliling kita adalah manusia yang berbeza tahap keringat mahupun kudrat.
Tidak hairanlah ada yang cepat dan lambat.

Pengakhirannya hanya ALLAH sahaja menjadi penentu di akhirat.
Disitu tidak terselindung siapa yang ikhlas mahupun hanya semangat.
Kehidupan adalah pentas membuat lakonan yang hebat
Sama-sama kita usahakan berlakon mengikut skrip Alqur'an dan Al-sunnah dengan penuh taat.

Friday, August 19, 2011

Bermadah memang mudah

Memang mudah untuk bermadah bicara dengan perkataan.Yang sangat mencabar dan sukar adalah:

"tukar daripada perkataan menjadi perasaan" (Rosdi Baharom,2011)

Kita takut firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لاَ تَفْعَلُونَ

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan (Ash Shaff, 61 : 2 – 3)


Sama-sama kita membina diri dan terus memberi, insyaALLAH ALLAH sangat arif isi hati makhlukNYA.



Tuesday, August 16, 2011

Rumah ALLAH

Masjid adalah tempat perkumpulan umat islam, sewajibnya kita merasakan ia adalah tempat penting yang perlu kita kerap kunjungi dan pergi.

Rasakanlah bahawa masjid tidak sesekali memerlukan kita untuk hadir beri'tikaf dan bersolat didalamnya , tetapi tanamlah dalam hati kita bahawa kita insan yang tidak punya apa-apalah yang memerlukan masjid untuk mendapat ganjaran dari ALLAH.

Islam itu indah..
Dalam konteks rumah ALLAH, insyaALLAH jika usaha kita ikhlas untuk hadir sembahyang didalamnya membuahkan pahala, berjumpa saudara seislam disana peroleh pahala, bersabar dengan karenah anak-anak kecil yang bermain semasa kita sedang sembahyang juga perolehi pahala.

Ya, kanak-kanak kecil itu suka bermain-main...
Tetapi ingatlah kita bahawa mereka-mereka ini adalah pewaris kita,dari bermain-main di masjid inilah mereka berjinak-jinak melangkah ke masjid,dengan keseronokkan bersama kawan-kawan inilah mereka dapat mengenali solat berjemaah.

Ya, kesabaran manusia juga punya batasan..
Bersabarlah kita juga pernah melalui saat seperti mereka, insyaALLAH dengan menahan dengan sabar amarah kita mereka-mereka ini pada suatu hari anatara golongan muda yang memenuhi masjid. Sama-sama kita doakan.

Sungguh, tiada ada rugi jika bersabar....insyaALLAH ALLAH akan beri balasan yang setimpal.
Moga ALLAH limpahkan rahmat kepada kita semua.

Monday, August 15, 2011

Law ka na bainana Habib

[Lau ka na bainana habib~ Jika Rasulullah s.a.w berada disisi kita]~ ia adalah salah satu rancangan di televisyen timur tengah, dan sekarang sudah mula ditayangkan di tv al-hijrah.

Rancangan yang akan mengingatkan kita suri tauladan Rasulullah s.a.w..
Rancangan ini juga menunjukkan perilaku masyarakat yang samaada mereka contohi atau mengendahkan tauladan Rasul junjungan.
Dan semestinya komentar-komentar dari pelaku mahupun moderator sangat memberikan kesan dihati.

Rancangan yang harus ditonton oleh kita semua.Moga ia memberi manfaat kepada kehidupan.


Monday, August 8, 2011

Keterbukaan Minda

Jika anda mempunyai keluasan berfikir, ucapkanlah Syukur kepada ALLAH.
Sungguh nikmat itu tidak mudah untuk dihadam dan diaplikasi.

Tiada yang lain yang memberi sesuatu, jika bukan Sang Tuhan yang Maha Kasih kepada Insan.

Saturday, August 6, 2011

Sumpah kegagalan

Kegagalan bukan satu yang perlu disembunyikan,
Kerana sungguh ia adalah salah satu dari tangga kemahuan,
Yakinlah, ALLAH tidak suka-suka takdirkan,
Berdoalah dan mengadulah kepada ALLAH, insyaALLAH ALLAH hamparkan kejayaan.

Difinisi kejayaan anda dan saya mungkin berbeza.

Perlu diyakini,kejayaan akan tiba samaada cepat atau lambat, didunia atau diakhirat.

Firman ALLAH ~berdoalah kepadaKU, akan AKU kabulkan~

Qur'an menyapa

Kita mngeluh : Aku hnya kuli, slalu disisihkan,sring dimarahi, kerap diprmainkan, brkali-kali ditipu, hnya org kmpung ,anak pekebun,tidak juga berharta, dipandang rendah,dicaci,diumpat dan difitnah.

Quran menjawab, ” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Idea dari hasil dari pembacaan di blog Radhi Bin Abd Rahman ~ http://samagerak.blogspot.com/

Thursday, August 4, 2011

Tanya diri

HENDAK buat atau TERPAKSA buat adalah pilihan kita.

Monday, August 1, 2011

Neraka Jahanam

Puasa itu hari yang mendidik jiwa.,
Mengingatkan akal kepada hari yang akan tiba,
Pernah satu ketika, kerongkong kering kepenatan,
Terus berfikir bagaimana air nanah yang menggelegak dijanjikan tuhan.

dunia hanya sebentar cuma,
dugaan sering melanda,
sering takut akan azab yang dikata-kata
tapi syaitan tidak pernah berhenti usaha.

pergi ke masjid menunaikan subuh,
sampai sahaja sudah banyak kereta,
terus teringatkan Allah tidak memandang duit mahupun rupa,
yang dikira adalah amalan dan taqwa sahaja.

masa terus berputar tanpa menoleh kebelakang
kita yang hidup tidak pernah kering dengan sangkaan
tidak kurang dengan memandang rendah atas kebolehan
merasakan diri yang paling benar dalam segala hal.

neraka atau syurga adalah satu pilihan
yang diberikan adalah kehidupan
terpulang hendak memilih mana jalan
ingatlah Rasulullah mennati dengan penuh harapan.

Tuesday, July 26, 2011

Berasa mulia??Mohon dijauhkan.

Kekadang bila diri rasa kuat dengan amalan kebaikkan, mudah sahaja kita memikirkan orang lain yang membuat kesalahan itu tidak beriman.

Kekadang mudah sahaja merasakan diri kita mulia sedang yang penentunya adalah Tuhan Yang Maha Kuasa.

Tetapi diri mudah sahaja melupakan yang selama ini dosa dan kemaksiatan berlegar dalam sanubari.

Mudah saja dosa-dosa yang selama ini bermaharajalela dalam hati diyakini dihapuskan tanpa rasa malu pada Robbi.

Moga ALLAH menunjukkan jalan kepada saya dan kalian untuk terus merendah hati dalam setiap tindakan.Mungkin hari ini kita bekopiah berserban, dan tidak mustahil kita boleh hanyut dalam semalaman.

Orang yang jahil itu tidak akan selamanya jahil. Cuma mungkin kita yang faham sahaj belum menyantuni mereka dengan skill.

Ternyata dunia ini hanya sekejap cuma,harap kita semua saling mendoakan agar semua memperolehi anugerah dari Tuhan Sang Pencipta.

Friday, June 10, 2011

Motivasi Nikah

Hakikatnya, yang Maha Esa sudah memberi jaminanNya.
Jadi, apakah kesalahan dan keraguan yang melanda?
Bagi daku yang merasa dunia hanya pendek yang sementara
Dan ujian tiada hentinya
Tiada salah mahu selamatkan diri dari tipu daya

Inilah hadiah dari ALLAH Sang Pencipta.

Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan (kami) dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya. Dan bumi itu kami hamparkan maka sebaik-baiknya yang menghamparkan (adalah Kami). Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran ALLAH (adz-dzariyay 47-49)

Dijadikan indah pada kecintaan manusia kepada apa-apa yang diinginkan , wanita-wanita ,anak-anak.... (ali imran:14)

Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, berarti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada ALLAH (HR. Baihaqi dari Anas Bin Malik)

Mengapa tidak menikah dengan seorang gadis yang bisa engkau cumbu dan bisa mencumbuimu? (Bukhari dan Muslim)
Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Barangsiapa menikahi seorang perempuan kerana ingin menjaga pandangan mata,memelihara kemaluan dari perbuatan zina,atau menyambung tali persaudaraan, maka ALLAH akan mencurahkan keberkatan kepada keduanga (HR. Thabrani)

Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:------"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu. Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

“Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Sekadar perkongsian dari hasil pembacaan.

Sumber-

1- Dijalan Dakwah Aku Menikah,Cahyadi Takariawan.

2- http://alfutuwwah.blogspot.com/2009/06/kahwin-awal.html

Wallahuta'ala A'lam.

Thursday, May 12, 2011

Kemalangan.

Terlibat dalam kemalangan itu perkara yang biasa.
dan pandanglah ia dari kaca mata hikmah.
kerana terdapat beribu kebaikkan darinya.

Persepsi penulis terhadap sesiapa yang terlibat dalam kemalangan.

Mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan mempunyai kelebihan:-

-Meyakini, ajal dan maut ditangan tuha.
-Sentiasa istighfar ketika dalam perjalanan.
-Dapat rasakan ALLAH sangat menyayangi.
-Pengalaman bermakna.
-Mempunyai penilaian membuat sesuatu keputusan yang tepat.
-Sentiasa berhati-hati.
-Akan menasihati sesiapa sahaja yang membawa kereta supaya berhati-hati
-Menjadi kebiasaan, apabila mengantuk terus mencari R&R berhampiran atau terus tukar driver.

Moga dengan ingatnya kepada kematian, akan lebih mendekatkan lagi diri kita dengan ALLAH.

Wallahuta'ala a'lam.

Monday, May 9, 2011

Minta segalanya kepada ALLAH

Minta semua kepada ALLAH.
apa sahaja perkara.
tidak kisah perkara apa.
Yang penting ia adalah untuk kebaikkan.

Jika dalam konteks pembelajaran di alam universiti..
subjek banyak, satu subjek nak dekat 10 bab.
jadi..?
apa yang keluar exam..?
markah ada 100. paling banyak pun soalan, ada dalam 8.

Buntu..?rasa down?rasa tidak logik?rasa nak pergi je tanya lecturer apa yang keluar?

ALLAH kan ada..minta kepada ALLAH.

"izinkan Ya ALLAH, apa yang keluar periksa itu, telah kubaca dan telah kuhafal dengan baik, dan berilah aku menjawabnya dengan penuh kecerdikan dan meyakinkan lecturer"...

dan pelbagai doa lagi yang kita boleh bacakan..

solat istikharah untuk pilih mana soalan akan keluar pun adalah relevan bagi saya.

itu semua membuktikan pergantungan yang penuh dan keyakinan yang benar-benar mantap kepada ALLAH.

Semuanya berpaksiakan janji ALLAH. Berdoalah, dan akan aku kabulkan. :)

Jika ada sebarang khilaf diminta ditegur.hanya perkongsia idea, dan memberi motivasi kepada diri dan masyarakat.

Wallahuta'ala A'lam.

Tuesday, May 3, 2011

Percakapan itu seiring?

Sungguh "Medan Amal tidak langsung persis Medan bercakap" (Hassan Al-Banna).

Thursday, April 28, 2011

Ikhlas?


Ikhlaskah aku? Ikhlaskah kita untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikkan?Atau ada niat-niat tertentu?Jawapannya ada pada kita.Sama-sama kita muhasabah.
Moga ALLAH Redha dengan segala usaha kebaikkan yang kita buat.
Wallahuta'ala A'lam.

"ikhlas seperti mencari semut hitam yang berada diatas batu hitam, dan batu hitam itu berada diatas batu yang hitam"

Monday, April 25, 2011

Banyakkan SPEAK bukan TALK~

Banyakkan SPEAK bukan TALK!

"Kita perlu banyak SPEAK, bukan TALK".Kita sering TALK, berbanding SPEAK. Banyak lagi "ngumpat" a.k.a "gosip" dari bercakap tentang perkara yang ilmiah atau percakapan2 yang membawa kebenaran(SPEAK).(Sr.Fisol,2010)

Perlu berani untuk SPEAK, suarakan pendapat, berkonsgi ilmu, bercerita pengalaman dan menyampaikan perkara yang dituntut agama. Bukan meng'kaya'kan diri kita dengan TALK!(Sr.Fisol,2010)

Moga hasilan ini dapat menyantuni hati2 kita yang memerlukan motivasi diri dalam mencari identiti.

Semoga diatas perkongsian ini sama-sama kita dapat rahmat dari ALLAH.

Wallahuta'ala A'lam.


Friday, April 22, 2011

Hikmah Perkahwinan

Sumber : Majalah Haluan edisi 3/2010.
Tajuk : Bersiaplah Dan Bernikahlah.

Hikmah Perkahwinan

1. Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar rum 30:21)

2.Memelihara keimanan dan ketakwaan.

Al baihaqi RA meriwayatkan daripada baginda RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh daripada agamanya.Maka bertakwalah kepada ALLAH SWT pada separuh yang belum disempurnakan lagi"

3.Penghalang maksiat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"apabila seseoran kamu terpaut dengan seseorang perempuan lalu memberu kesan dalam hatinya,maka hendaklah dia mendapatkan isterinya dan "bersamanya" kerana dengan itu, boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya" (riwayat Muslim)

4.Keberkatan rezeki.

"kahwinlah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,ALLAH akan mengayakan mereka dengan limpah kurniaNYA dan ALLAh maha luas kemurahanNYA dan Maha Mengetahui." (An nur 24:32)

5.Mengembangkan keturunan

Rasulullah SAW amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhir zaman.Perkahwinan yang soleh akan melahirkan zuriat yang beriman dan bertaqwa.

Daripada Ma'qal Bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud : "Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur,kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai." (Riwayat al-Imam Abu Daud).

Wallahuta'ala A'lam.


Sunday, April 17, 2011

Redha ALLAH

Perjumpaan akhir semester menjadi salah satu agenda dalam kalangan saya bersama sahabat-sahabat.

Perkongsian seorang sahabat sangat menyentuh hati dan membangunkan diri dari kesedaran dan tipu daya.

Hadis yang dikongsikan berkenaan: "Segala perbuatan itu mestilah berobjektifkan redho ALLAH."(Wan Akmal,2011)

Kisahnya-

ALLAH bertanya-“Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?. Dia menjawab : “Aku menuntut ilmu di jalanMu, lalu kusebarkan ilmu itu kerana mencari keredhaanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Sebenarnya engkau mencari ilmu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang 'alim”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

Untuk yang kedua, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku mencari harta yang halal, kemudian aku infaqkan harta itu di jalanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau infaqkan hartamu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang dermawan”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

Dan yang ketiga, dengan nasib yang sama, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku berperang di jalan Allah, hingga aku mati terbunuh”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau berperang supaya manusia menyebutmu sebagai seorang pemberani”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

ALLAHuakbar, hadis yang sangat memberi kesedaran kepada kita, agar kita muhasabah kembali, apakah dasar amalan yang kita lakukan.

Moga dengan sedikit kesedaran kita, ALLAH akan memberikan redhoNYA.

-Motivasi kepada insan-insan yang mengimpikan syurga ALLAH-

Wallahuta'ala A'lam.


Wednesday, April 13, 2011

Memudahkan dan Menutup.Kemahuan itu, ditangan kita.

Hadis yang digariskan dalam kitab hadis 40 sungguh memberi motivasi kehidupan kepada saya, dan harapnya, kepada anda semua. :)

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Pengajaran hadis:

(1)lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.

(2)lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.

(3)Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.

(4)llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.

(5)Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.

-Bantu membantu sesama manusia. Pastikan mereka tersenyum setiap kali berjumpa dengan kita.

-Menjaga aib manusia.Ingatlah, kita juga mempunyai aib, dan tidak mahu ia dikatahui orang lain. Walau, kita tahu kebenaran aib mereka, jagalah ia sebaik mungkin dari pengetahuan orang lain. agar ALLAH menutup aib kita didunia dan akhirat kelak.

Kemahuan itu ditangan kita. :)

Sedih?

Hanya gerhana sebentar, InsyaALLAH kegembiraan akan tiba. :)

Bersabarlah dan bermuhasabahlah, ada hikmah disebalik ujian dan kejadian.

Teruskan langkah.kita buka keseorangan, ALLAH sentiasa bersama kita. :)

Wallahuta'ala A'lam.

Tuesday, April 12, 2011

Jaga Hati.

Pesanan Abu Salman:
Untuk buat dosa dan maksiat, mudah. Ibarat tarikan graviti, menarik kita jatuh ke bawah. Untuk laksana amal soleh payah. Ibarat mendaki bukit. Sebab itulah Nabi SAW ada bersabda: Jalan ke syurga, dikelilingi dengan kesukaran dan kepayahan, dan jalan ke neraka dikelilingi dengan keseronokan dan syahwat.

Moga manfaat kepada saya dan anda semua :)

lirik lagu yang memberi motivasi.

Jejak

Album : Untukmu Syuhada
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
smua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karna perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Allah, siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

* The Poems

gunung tinggi menjulang
samudra luas membentang
adalah lahan peneguhan

hutan rimba
padang gersang
jadi ajang pembuktian

hujan badai
terik panas kerontang
pasti kan hiasi perjalanan
saat langkah tlah diayunkan
pantang surut ke belakang hingga sampai ke tujuan
bertahanlah dan bersiap siagalah.

Thursday, April 7, 2011

Perbuatan Baik dan Tidak Baik

Perkongsian ringkas.

Dalam perbincangan bersama Prof Dr Ismail Ahmad di rumahnya. Beliau menghuraikan antara hadis didalam hadis 40. (tidak ingat hadis keberapa).

Tetapi antara isinya.

Rasulullah menyatakan-

"perbuatan baik itu, kamu akan berasa senang dan tenag melakukannya, demikian pula perbuatan yang tidak baik, kamu akan merasakan tidak selesa dan takut, akan orang lain melihatnya"

Wallahuta'ala a'lam.

Sunday, April 3, 2011

Solat

Imam Ahmad :

"seorang yang pergi ke masjid, dalam keadaan dia sudah berwuduk, setiap langkahnya dikira sebagai satu kebaikkan."

Wallahuta'ala a'lam.

Monday, March 28, 2011

Umi dan Abah

Umi dan Abah.
Kamu berdua adalah pencetus rasa,
penyokong setia,
pemberi bahagia.

Umi dan Abah.
pendapat kalian membuka minda,
pemudah cara,
merangkum semuanya.

Umi dan Abah.
pemangkin semangat diri,
dikau punya posisi tersendiri,
hilangmu tiada pengganti.

Umi dan Abah.
tanpamu, ku tidak punya apa,
hadirmu, pembawa aku kedunia,
tidak akan ku lupa, walau ditarik nyawa.

Umi dan Abah.
aku manusia biasa,
sering terlepas kata,
tingkahku selalu menongkah kecewa,
tapi, kemaafanmu membuatku pantas bangkit dari lena.

Tiada yang lain, selepas ALLAH dan Rasul, selain kamu berdua.

Friday, March 25, 2011

VICTORY


Ali bin Abi Talib berkata:


"Al-haq tanpa penyusunan yang rapi, akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun rapi"


Wallahuta'ala A'lam.

Sunday, March 20, 2011

Senyuman :)




Pada hematku:

Senyuman sangat dituntut kepada manusia, lagikan kepada para dai'e.
Tidak kira dari lapisan kepimpinan, hinggakan lapisan yang tidak punya posisi.

Kerana senyuman itu,
mengukuhkan ukhwah,
meneguhkan kesiqahan,
menaikkan semangat bekerja,
mengubati hati yang terluka. -HR-

Tidak hairanlah ia juga dikira sbg 'sedekah'.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab).

Moga ALLAH beri kita peluang untuk sentiasa tersenyum, walau punya masalah.

Kongsikan kegembiraan, simpanlah kesengsaraan..kerana penyelasaian adalah milik Tuhan.

Wallahuta'ala a'lam.
Wassalam.

Saturday, March 19, 2011

Menjadi diriku

video

Jika kesempurnaan dicari, Aku bukanlah orangnya.

Tetapi, kemahuan untuk terus mempertingkatkan diri penuh membara. InsyaALLAh, moga ALLAH bantu kita semua menjadi yang terbaik untuk diri sendiri,keluarga dan masyarakat.

-Edcoustic/Menjadi diriku-

Saturday, February 19, 2011

Kerja-kerja Islam

Perkongsian dengan Ustaz Rahim di Restoran Mawaddah menambahkan momentum dan mencantikkan lagi perspektif untuk terus membuat kerja-kerja islam.

Kerja-kerja islam itu banyak...dari menolong membersihkan sampah di jalanan, sehinggalah menjadi kepimpinan dalam menguruskan organisasi yang membawa kepada islam.

Analogi yang Ustaz Rahim beri adalah, kerja-kerja islam itu berjalan tidak ubah seperti kereta panduan kita.

Jika kita perhatikan dari sudut lahiriah, kereta itu mempunyai pebagai komponen dari sekecil2 wiper,break,absorber dan sebagainya. Sehinggalah sang pemandu kenderaan tersebut dan kenderaan itu tidak akan bergerak dengan "licin" tanpa kolebrasi dan penglibatan komponen2 ini.

Ia tidak ubah seperti organisasi manusia, daripada kempimpinan(driver kenderaan),sehinggalah kepada seseorang individu yang tidak ada sebarang jawatan(seperti tayar kereta). Namun, semuanya adalah bermatlamat kepada satu, iaitu redha ALLAH, bukan redha manusia. Seterusnya mereka memenuhi dan menampung antara satu sama lain.

ALLAH tidak akan menilai sesuatu perkara itu dengan tingginya jawatan seseorang itu, tetapi, ALLAH akan mengira segala perbuatan yang ikhlas dan murni mahukan redhaNYA.

Dan disini, sebarang usaha daripada komponen2 tersebut seperti tayar yang duduk ditempat yang paling bawah sekali, yang terpaksa melalui air kotor, duri, jalan tar yang panas dan hujan yang tidak menentu sehinggalah kepada Sang pemandu kenderaan yang duduk di tempat yang selesa, berhawa dingin, di kerusi yang empuk adalah saling memerlukan, dan yang memisahkan semua sekali, adalah keikhlasan untuk berbakt itu.

Tiada erti menjadi seorang individu yang bertungkus lumus untuk berbakti, tetapi niatnya, hanya untuk mendapatkan redha manusia(tayar kenderaan). Samalah kiranya, jika kepimpinan itu, mentadbir dengan bijak sekali, tetapi mahukan kemasyhuran dan pujian dari manusia.

Tambah Ustaz Rahim lagi, dalam kita melakukan kerja-kerja islam ini, buatlah apa perkara sekalipun didalam kepakaran kita, tidak kira apa kepakaran kita, dari seorang yang boleh memasak sehinggalah orang yang ada ciri-ciri kepimpinan.Jika kita banyak duit, tetapi tiada masa untuk berbakti kepada masyarakat menggunakan kudrat(seperti menolong bersihkan rumah orang banjir) dermalah duit itu untuk membantu pembelian alat-alat untuk membersih. Jika kita seorang yang pakar dalam mendesign poster dan banner, bantulah dari sudut itu.Hinggalah sampai kepada yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa.....berdoalah agar sahabat-sahabat kita yang bekerja tadi, agar keikhlasan mereka teguh dan mendapat redha ALLAH.

Alhamdulillah, setelah mendegarnya bersama beberapa orang sahabat yang lain, hati ini dan sahabat2 lain lebih memahami konsep untuk berbakti, dan lebih jelas matlamat yang dicari.

----bekerjalah walaupun kita berada ditempat tayar kereta.InsyaALLAH ALLAH itu maha adil dan maha mengetahui segalanya.Moga ruh-ruh untuk berbakti kepada islam, terus mengalir dan diperbaharui dalam jiwa-jiwa kita semua.

Wallhuta'ala a'lam.

Friday, February 18, 2011

Terkenang

ALLAH itu maha mengetahui kebaikkan dan keburukkan.
dan aku tidak menolak sama sekali ALLAH itu maha adil.

Segala perbuatan akan dibalas walau sebesar zahrah sekalipun. Namun kita masih lagi mengambil endah perkara-perkara ini.

Terkenang masa lalu dan sekarang, tidak terkira dosa2 yang kita lakukan.

Moga ALLAH mengampuni dosa2 kita semua, dan menutup aib kita di akhirat sana.