Monday, July 30, 2012

Nasi dah jadi bubur?Haruskah terus berputus asa?

Nasi sudah jadi bubur. Haruskan terus kita berputus asa?

-Mendapat keputusan UPSR 5 E, adakah pengakhiran dunia?
-Mendapat keputusan PMR 9 E, adakah menangis tanpa henti ubatnya?
-Mendapat keputusan SPM 11 E, adakah hidup harus ditamatkan dengan membunuh diri?


Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Kalau nasi dah jadi bubur nak buat macamana. TAPI jadikan bubur kita itu BUBUR YANG SPECIAL. Bagaimana? Masukkan bawang goring, masukkan ayam dan udang, tambah daun sup dan cabai kicap secukup rasa. Ya, sekarang bubur kita lebih sedap dari nasi (Sir Azmi Bahari,2012).


Moga manfaat untuk semua.


Wallahutaala'alam



Wednesday, July 25, 2012

Even Eagles Need a Push:Percaya kemampuan diri



Even Eagles Need a Push

Kisah seorang raja yang mahu mencari bakal suami puterinya yang amat dikasihi-

Raja itu membuat satu kolam besar dengan dimuatkan pelbagai spesis haiwan air liar didalamnya.

Dipanggil pemuda-pemuda di seluruh perkampungannya yang berhajat akan menjadi menantunya.

Diletakkan syarat kepada sesiapa yang berhajatkan anak puterinya, perlu berenang merentasi sungai yang penuh dengan haiwan air liar itu.

Semua pemuda-pemuda berbaris di persisiran sungai untuk menyahut cabaran. Namun setelah sekian lama wisel dibunyikan oleh raja, tiada seorang pun yang berani untuk terjun dan berenang ke batasan di sebelah sana.

Dalam beberapa ketika selepas itu, semua perhatian tertumpu kepada seorang pemuda yang tiba-tiba berenang dengan penuh kesungguhan da amat pantas sekali.

Tidak sampai dua minit, pemuda itu berjaya sampai ke penghujung sungai itu dan naik ke darat. Tepukan diberikan dengan gemuruh sekali kepada pemuda tersebut.

Namun pemuda itu seperti tidak gembira dan menoleh kebelakang dengan seraya berkata " Siapa yang menolakku tadi??? Selamat aku tidak mati dibaham buaya yang hampir menggigit kakiku! "....

moral yang dapat kita semua pelajari disini adalah:

1- Sebenarnya, kita punyai kemampuan yang luar biasa Allah berikan kepada kita. Tetapi kita tidak perasan, dan tidak berani untuk mencubanya.

2- Sikap untuk berada dalam suasana dan keadaan yang selesa membuatkan kita sering ditinggalkan dibelakang.

3- Potensi diri perlu dicari dan digali, ia tidak akan hadir dengan sendiri.

Yakinlah diri, wahai insan-insan(kita semua) yang Allah ciptai!

"Even Eagles Need a Push:Percaya kemampuan diri"

Tulisan hasil perbualan bersama Prof. Dr. Sr. Hakim Mohammad,  Pengerusi HALUAN Johor, Director Of  Centre Of Real Estate Studies, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Wednesday, July 11, 2012

If you want something, go and get it, period!

Don't ever let somebody tell you, you can't do something.
You got a dream, you gotta protect it.
People can't do something themselves, they wanna tell you, you can't do it!
If you want something, go and get it, period.


videod