Thursday, August 4, 2011

Tanya diri

HENDAK buat atau TERPAKSA buat adalah pilihan kita.

Monday, August 1, 2011

Neraka Jahanam

Puasa itu hari yang mendidik jiwa.,
Mengingatkan akal kepada hari yang akan tiba,
Pernah satu ketika, kerongkong kering kepenatan,
Terus berfikir bagaimana air nanah yang menggelegak dijanjikan tuhan.

dunia hanya sebentar cuma,
dugaan sering melanda,
sering takut akan azab yang dikata-kata
tapi syaitan tidak pernah berhenti usaha.

pergi ke masjid menunaikan subuh,
sampai sahaja sudah banyak kereta,
terus teringatkan Allah tidak memandang duit mahupun rupa,
yang dikira adalah amalan dan taqwa sahaja.

masa terus berputar tanpa menoleh kebelakang
kita yang hidup tidak pernah kering dengan sangkaan
tidak kurang dengan memandang rendah atas kebolehan
merasakan diri yang paling benar dalam segala hal.

neraka atau syurga adalah satu pilihan
yang diberikan adalah kehidupan
terpulang hendak memilih mana jalan
ingatlah Rasulullah mennati dengan penuh harapan.

Tuesday, July 26, 2011

Berasa mulia??Mohon dijauhkan.

Kekadang bila diri rasa kuat dengan amalan kebaikkan, mudah sahaja kita memikirkan orang lain yang membuat kesalahan itu tidak beriman.

Kekadang mudah sahaja merasakan diri kita mulia sedang yang penentunya adalah Tuhan Yang Maha Kuasa.

Tetapi diri mudah sahaja melupakan yang selama ini dosa dan kemaksiatan berlegar dalam sanubari.

Mudah saja dosa-dosa yang selama ini bermaharajalela dalam hati diyakini dihapuskan tanpa rasa malu pada Robbi.

Moga ALLAH menunjukkan jalan kepada saya dan kalian untuk terus merendah hati dalam setiap tindakan.Mungkin hari ini kita bekopiah berserban, dan tidak mustahil kita boleh hanyut dalam semalaman.

Orang yang jahil itu tidak akan selamanya jahil. Cuma mungkin kita yang faham sahaj belum menyantuni mereka dengan skill.

Ternyata dunia ini hanya sekejap cuma,harap kita semua saling mendoakan agar semua memperolehi anugerah dari Tuhan Sang Pencipta.

Friday, June 10, 2011

Motivasi Nikah

Hakikatnya, yang Maha Esa sudah memberi jaminanNya.
Jadi, apakah kesalahan dan keraguan yang melanda?
Bagi daku yang merasa dunia hanya pendek yang sementara
Dan ujian tiada hentinya
Tiada salah mahu selamatkan diri dari tipu daya

Inilah hadiah dari ALLAH Sang Pencipta.

Dan langit itu kami bangun dengan kekuasaan (kami) dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya. Dan bumi itu kami hamparkan maka sebaik-baiknya yang menghamparkan (adalah Kami). Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran ALLAH (adz-dzariyay 47-49)

Dijadikan indah pada kecintaan manusia kepada apa-apa yang diinginkan , wanita-wanita ,anak-anak.... (ali imran:14)

Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, berarti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada ALLAH (HR. Baihaqi dari Anas Bin Malik)

Mengapa tidak menikah dengan seorang gadis yang bisa engkau cumbu dan bisa mencumbuimu? (Bukhari dan Muslim)
Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Barangsiapa menikahi seorang perempuan kerana ingin menjaga pandangan mata,memelihara kemaluan dari perbuatan zina,atau menyambung tali persaudaraan, maka ALLAH akan mencurahkan keberkatan kepada keduanga (HR. Thabrani)

Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:------"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu. Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

“Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Sekadar perkongsian dari hasil pembacaan.

Sumber-

1- Dijalan Dakwah Aku Menikah,Cahyadi Takariawan.

2- http://alfutuwwah.blogspot.com/2009/06/kahwin-awal.html

Wallahuta'ala A'lam.

Thursday, May 12, 2011

Kemalangan.

Terlibat dalam kemalangan itu perkara yang biasa.
dan pandanglah ia dari kaca mata hikmah.
kerana terdapat beribu kebaikkan darinya.

Persepsi penulis terhadap sesiapa yang terlibat dalam kemalangan.

Mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan mempunyai kelebihan:-

-Meyakini, ajal dan maut ditangan tuha.
-Sentiasa istighfar ketika dalam perjalanan.
-Dapat rasakan ALLAH sangat menyayangi.
-Pengalaman bermakna.
-Mempunyai penilaian membuat sesuatu keputusan yang tepat.
-Sentiasa berhati-hati.
-Akan menasihati sesiapa sahaja yang membawa kereta supaya berhati-hati
-Menjadi kebiasaan, apabila mengantuk terus mencari R&R berhampiran atau terus tukar driver.

Moga dengan ingatnya kepada kematian, akan lebih mendekatkan lagi diri kita dengan ALLAH.

Wallahuta'ala a'lam.

Monday, May 9, 2011

Minta segalanya kepada ALLAH

Minta semua kepada ALLAH.
apa sahaja perkara.
tidak kisah perkara apa.
Yang penting ia adalah untuk kebaikkan.

Jika dalam konteks pembelajaran di alam universiti..
subjek banyak, satu subjek nak dekat 10 bab.
jadi..?
apa yang keluar exam..?
markah ada 100. paling banyak pun soalan, ada dalam 8.

Buntu..?rasa down?rasa tidak logik?rasa nak pergi je tanya lecturer apa yang keluar?

ALLAH kan ada..minta kepada ALLAH.

"izinkan Ya ALLAH, apa yang keluar periksa itu, telah kubaca dan telah kuhafal dengan baik, dan berilah aku menjawabnya dengan penuh kecerdikan dan meyakinkan lecturer"...

dan pelbagai doa lagi yang kita boleh bacakan..

solat istikharah untuk pilih mana soalan akan keluar pun adalah relevan bagi saya.

itu semua membuktikan pergantungan yang penuh dan keyakinan yang benar-benar mantap kepada ALLAH.

Semuanya berpaksiakan janji ALLAH. Berdoalah, dan akan aku kabulkan. :)

Jika ada sebarang khilaf diminta ditegur.hanya perkongsia idea, dan memberi motivasi kepada diri dan masyarakat.

Wallahuta'ala A'lam.

Tuesday, May 3, 2011

Percakapan itu seiring?

Sungguh "Medan Amal tidak langsung persis Medan bercakap" (Hassan Al-Banna).