Wednesday, July 25, 2012

Even Eagles Need a Push:Percaya kemampuan diri



Even Eagles Need a Push

Kisah seorang raja yang mahu mencari bakal suami puterinya yang amat dikasihi-

Raja itu membuat satu kolam besar dengan dimuatkan pelbagai spesis haiwan air liar didalamnya.

Dipanggil pemuda-pemuda di seluruh perkampungannya yang berhajat akan menjadi menantunya.

Diletakkan syarat kepada sesiapa yang berhajatkan anak puterinya, perlu berenang merentasi sungai yang penuh dengan haiwan air liar itu.

Semua pemuda-pemuda berbaris di persisiran sungai untuk menyahut cabaran. Namun setelah sekian lama wisel dibunyikan oleh raja, tiada seorang pun yang berani untuk terjun dan berenang ke batasan di sebelah sana.

Dalam beberapa ketika selepas itu, semua perhatian tertumpu kepada seorang pemuda yang tiba-tiba berenang dengan penuh kesungguhan da amat pantas sekali.

Tidak sampai dua minit, pemuda itu berjaya sampai ke penghujung sungai itu dan naik ke darat. Tepukan diberikan dengan gemuruh sekali kepada pemuda tersebut.

Namun pemuda itu seperti tidak gembira dan menoleh kebelakang dengan seraya berkata " Siapa yang menolakku tadi??? Selamat aku tidak mati dibaham buaya yang hampir menggigit kakiku! "....

moral yang dapat kita semua pelajari disini adalah:

1- Sebenarnya, kita punyai kemampuan yang luar biasa Allah berikan kepada kita. Tetapi kita tidak perasan, dan tidak berani untuk mencubanya.

2- Sikap untuk berada dalam suasana dan keadaan yang selesa membuatkan kita sering ditinggalkan dibelakang.

3- Potensi diri perlu dicari dan digali, ia tidak akan hadir dengan sendiri.

Yakinlah diri, wahai insan-insan(kita semua) yang Allah ciptai!

"Even Eagles Need a Push:Percaya kemampuan diri"

Tulisan hasil perbualan bersama Prof. Dr. Sr. Hakim Mohammad,  Pengerusi HALUAN Johor, Director Of  Centre Of Real Estate Studies, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Wednesday, July 11, 2012

If you want something, go and get it, period!

Don't ever let somebody tell you, you can't do something.
You got a dream, you gotta protect it.
People can't do something themselves, they wanna tell you, you can't do it!
If you want something, go and get it, period.


d

Monday, April 30, 2012

Liku

Hayati. insyaAllah akan tersinar motivasi:
Lirik Lagu 'Liku'- Brothers.

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

lautan darah kuharunginya penuh derita
kuhanya manusia biasa
punyai rasa dan punya harga
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
dan pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu, biarpun payah...

Tuesday, April 24, 2012

Menjadi Jutawan

Semua orang akan mengimpikan menjadi seorang jutawan.
Yang membezakannya adalah seni dalam menggapainya.

Apa nilai sebuah kekayaan jika ia dari sumber yang tidak meyakinkan?

Jika segala batas sudah diketahui dan nilai syara' terletak dihadapan,
tiada salah untuk terus maju meneruskan keyakinan.
Kata-kata manusia yang mehyakitkan itu kita anggap sahaja seperti dugaan kebiasaan dan garam dalam kehidupan.

Tiada siapa boleh menghalang cita-cita yang sedang membara,
melainkan keputusasaan.

Teruslah melakar kejayaan, dengan niat untuk membantu Islam. :)


Saturday, March 24, 2012

Generasi Muda&Perubahan

Syair Musim-musim yang berlalu- Buku Generasi Muda&Perubahan.

Akan tiba masanya,
Suria kan tersenyum kembali,
Burung-burung kan berkicau riang,
Rama-rama kan bebas berterbangan,
dan bunga-bunga kan menampakkan serinya,
Ia menghiasi taman rumpun menghijau,
Setelah musim demi musim berlalu,
Mendung hanya memuramkan suasana...

Akan tiba masanya,
hujan rahmat kan membasahi semua,
Pucuk-pucuk muda kan bangga menyerlah
dan rumput-rumputan pasti menjalar megah,
bagaikan hamparan permaidani sutera
setelah musim demi musim berlalu
kemarau panjang mendahagakan dunia

akan tiba masanya ,
hati yang keras kan lembut semula,
jiwa yang engkar kan lebur akhirnya,
bila hembusan ilahi membelai mesra,
pemilik sekeping hati bernama manusia
setelah musim demi musim berlalu
dalam berlantara ngeri tersesat ia...

Monday, March 5, 2012

Jika mereka boleh, mengapa bukan kita?


Sebagai manusia yang Allah cipta sebaik-baik ummat(Alimran:110), kita seharusnya percaya bahawa kita tahu kekuatan dan kelemahan diri, kebijaksanaan dan kecerdikan minda.

Oleh itu, teruslah menyusun strategi untuk berjaya. InsyaAllah, Allah sangat sukakan hambanya yang meminta-minta kepadaNya (Almu'min 60).

Jika mereka boleh berjaya, mengapa bukan kita?

Tuesday, February 21, 2012

Percaya diri

Tiada yag boleh menghalang cita-cita kita selain dari Allah dan keputus-asaan.
Teruskan berusaha, usaha, dan terus berusaha.
Harapan masih ada!