Saturday, November 10, 2012

Skudai homestay

Homestay Al-Hilmi terletak berdekatan dengan UTM, Legoland, Johor Premium Outlet, Kota Iskandar,Singapura.


Tuan Homestay ini juga membuat pakej ke Universal Studios Of Singapore dengan menyediakan perkhidmatan pergi dan balik (JB-USS-JB) dengan harga yang murah dan puas hati. Boleh rujuk page 

fb:https://www.facebook.com/pakejmurahkeuss 

atau

insta; https://www.instagram.com/pakejkeuss

Homestay ini di Taman Pulai Perdana, Skudai,Johor


Pandangan dari hadapan: Pagar electric

pandangan dari pintu masuk

pandangan dari pintu masuk

ruang tamu dari pandangan dapur

Bilik 1: 1 Katil Single size+ Kipas ceiling+ almari+bilik air

Bilik 2: 1 katil queen size+Aircond+bilik air+Kipas ceiling

Bilik 3: 2 katil single size+Kipas Ceiling+Bilik Air

Bilik 4: 1 katil Queen size+Air cond+Kipas ceiling+Bilik air

Details:
HP:019-4491170(En. Hilmi Razak)

Kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai tetamu ke homestay kami ini.

Homestay ini adalah rumah teres dua tingkat. Mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Sesuai untuk penginapan 2-4 buah keluarga. 

Kemudahan yang disediakan:

Keempat-empat Bilik dilengkapi dengan:

-Katil (2 queen size, 3 single size)
-Kipas syiling
-Bilik Air (setiap bilik)
-Air cond(hanya 2 bilik sahaja) 
-Televisyen
-Mesin Basuh
-Peti Ais

Selain itu, ada disediakan meja makan, sofa,selimut,cermin muka (tv, seterika, kettle, rice-cooker,dapur masak,pinggan mangkuk)

Turut disediakan juga kelengkapan lain seperti sejadah (2),telekung (1)

Harga hanya Rm250 satu malam. (berdasarkan terma dan syarat)

Call: En.Hilmi - 019-4491170/ Puan Sophia 019-7344003

Thursday, August 16, 2012

"To change our life, just change our mind"






"It's not what happen to you, it's what you do about it" adalah tajuk buku yang dikarang oleh W.mitchell. Buku yang sangat memberi inspirasi baru kepada sang pembaca.

Beliau adalah seorang yang berkerusi roda kerana lumpuh di bahagian kaki.

Antara komen yang menarik oleh pembaca bukunya terhadap beliau adalah:

"W.Mitchell adalah seorang yang tidak boleh berjalan, lalu dia mencari alternatif lain dengan belajar untuk terbang"

"To change our life, just change our mind".



Monday, July 30, 2012

Nasi dah jadi bubur?Haruskah terus berputus asa?

Nasi sudah jadi bubur. Haruskan terus kita berputus asa?

-Mendapat keputusan UPSR 5 E, adakah pengakhiran dunia?
-Mendapat keputusan PMR 9 E, adakah menangis tanpa henti ubatnya?
-Mendapat keputusan SPM 11 E, adakah hidup harus ditamatkan dengan membunuh diri?


Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Kalau nasi dah jadi bubur nak buat macamana. TAPI jadikan bubur kita itu BUBUR YANG SPECIAL. Bagaimana? Masukkan bawang goring, masukkan ayam dan udang, tambah daun sup dan cabai kicap secukup rasa. Ya, sekarang bubur kita lebih sedap dari nasi (Sir Azmi Bahari,2012).


Moga manfaat untuk semua.


Wallahutaala'alam



Wednesday, July 25, 2012

Even Eagles Need a Push:Percaya kemampuan diri



Even Eagles Need a Push

Kisah seorang raja yang mahu mencari bakal suami puterinya yang amat dikasihi-

Raja itu membuat satu kolam besar dengan dimuatkan pelbagai spesis haiwan air liar didalamnya.

Dipanggil pemuda-pemuda di seluruh perkampungannya yang berhajat akan menjadi menantunya.

Diletakkan syarat kepada sesiapa yang berhajatkan anak puterinya, perlu berenang merentasi sungai yang penuh dengan haiwan air liar itu.

Semua pemuda-pemuda berbaris di persisiran sungai untuk menyahut cabaran. Namun setelah sekian lama wisel dibunyikan oleh raja, tiada seorang pun yang berani untuk terjun dan berenang ke batasan di sebelah sana.

Dalam beberapa ketika selepas itu, semua perhatian tertumpu kepada seorang pemuda yang tiba-tiba berenang dengan penuh kesungguhan da amat pantas sekali.

Tidak sampai dua minit, pemuda itu berjaya sampai ke penghujung sungai itu dan naik ke darat. Tepukan diberikan dengan gemuruh sekali kepada pemuda tersebut.

Namun pemuda itu seperti tidak gembira dan menoleh kebelakang dengan seraya berkata " Siapa yang menolakku tadi??? Selamat aku tidak mati dibaham buaya yang hampir menggigit kakiku! "....

moral yang dapat kita semua pelajari disini adalah:

1- Sebenarnya, kita punyai kemampuan yang luar biasa Allah berikan kepada kita. Tetapi kita tidak perasan, dan tidak berani untuk mencubanya.

2- Sikap untuk berada dalam suasana dan keadaan yang selesa membuatkan kita sering ditinggalkan dibelakang.

3- Potensi diri perlu dicari dan digali, ia tidak akan hadir dengan sendiri.

Yakinlah diri, wahai insan-insan(kita semua) yang Allah ciptai!

"Even Eagles Need a Push:Percaya kemampuan diri"

Tulisan hasil perbualan bersama Prof. Dr. Sr. Hakim Mohammad,  Pengerusi HALUAN Johor, Director Of  Centre Of Real Estate Studies, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Wednesday, July 11, 2012

If you want something, go and get it, period!

Don't ever let somebody tell you, you can't do something.
You got a dream, you gotta protect it.
People can't do something themselves, they wanna tell you, you can't do it!
If you want something, go and get it, period.


d

Monday, April 30, 2012

Liku

Hayati. insyaAllah akan tersinar motivasi:
Lirik Lagu 'Liku'- Brothers.

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

lautan darah kuharunginya penuh derita
kuhanya manusia biasa
punyai rasa dan punya harga
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
dan pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu, biarpun payah...

Tuesday, April 24, 2012

Menjadi Jutawan

Semua orang akan mengimpikan menjadi seorang jutawan.
Yang membezakannya adalah seni dalam menggapainya.

Apa nilai sebuah kekayaan jika ia dari sumber yang tidak meyakinkan?

Jika segala batas sudah diketahui dan nilai syara' terletak dihadapan,
tiada salah untuk terus maju meneruskan keyakinan.
Kata-kata manusia yang mehyakitkan itu kita anggap sahaja seperti dugaan kebiasaan dan garam dalam kehidupan.

Tiada siapa boleh menghalang cita-cita yang sedang membara,
melainkan keputusasaan.

Teruslah melakar kejayaan, dengan niat untuk membantu Islam. :)