Monday, February 25, 2013

homestay johor bahru



Kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai tetamu ke homestay kami ini.

Homestay ini adalah rumah teres dua tingkat. Mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Sesuai untuk penginapan 2-4 buah keluarga. 

Kemudahan yang disediakan:

Keempat-empat Bilik dilengkapi dengan:

-Katil (2 queen size, 3 single size)
-Kipas syiling
-Bilik Air (setiap bilik)
-Air cond(hanya 2 bilik sahaja) 
-Televisyen
-Peti ais
-Mesin Basuh


Selain itu, ada disediakan meja makan, sofa,selimut,cermin muka (tv, seterika, kettle, rice-cooker,dapur masak,pinggan mangkuk.

Turut disediakan juga kelengkapan lain seperti sejadah (2),telekung (1)

Harga hanya Rm150.00 satu malam. (berdasarkan terma dan syarat)

Call: En.Hilmi - 019-4491170

Friday, February 15, 2013

Rasuah


Dalam usia kanak-kanak dahulu, pernah seorang pakcik yang tidak kami kenali secara rapat memberikan duit raya dengan jumlah begitu besar sekali kepadaku bersama abangku.

Dengan riang kami menyampaikan berita gembira itu kepada Umi.

Umi terus mengambil duit itu dan berkata kepada kami "Umi nak pulang balik duit ini".

Kami terpinga-pinga dan terselit juga perasaan sedih dihati.

Kini, setelah faham serba sedikit dengan rencah "construction industry" di Malaysia, barulah ku sedari bahawa apa makna sebenar tindakan Umi.

Monday, February 11, 2013

Uruslah Perbezaan Pandangan Dengan "Emotional Quotient"

Bagaimana "cara berfikir" kamu?

Emotional Quotient?

Ability to sense, understand and effectively apply the power and acumen of emotions to facilitate high levels of collaboration and productivity (Goleman,1998; Salovey,1992; Darwin, 1982; Russel, 2001)

Mehnah


Dalam dunia hanya dihujung jari, masyarakat majmu' mudah mendapatkan informasi. Tidak kurang juga impaknya kepada budaya berkongsi pengetahuan mahupun lontaran idea yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda mahupun tua.

Budaya berkongsi pengetahuan dan lontaran idea ini sangat murni dan harus terus disemadikan menjadi antara budaya yang diangkat agar proses ketamadunan terus mekar di bumi Malaysia.

Namun, dalam setiap perkara, pasti ada mehnahnya.

Antara mehnahnya, akan timbullah perselisihan pendapat mahupun pergeseran idea dari pelbagai pihak.

Fenomena GAGAL dalam mengurus perbezaan pendapat ini sering sahaja membawa kepada kancah permusuhan dan perbalahan yang teruk. Malah menyebabkan persengketaan yang tiada noktah.

Dengan ini, kita harus menanam kefahaman yang jelas dalam minda kita bahawa setiap insan dilahirkan Allah punyai sudut pandang yang pelbagai dalam masa yang sama ia mungkin sama 'cara fikir' dengan kita, atau sebaliknya.

Perbezaan pendapat ini adalah sifat tabii manusia yang Allah kurniakan, agar kita saling lengkap melengkapi. Ia juga lambang manfestasi kekayaan akal manusiawi.

Dengan ini,saya terpanggil untuk berkongsi 'cara berfikir' yang saya yakini, dan cuba sedaya upaya amalkan dalam perbezaan pendapat:


Cara Berfikir 


Ahli motivasi selalu menggunakan analogi berkenaan gelas separuh penuh, mahupun separuh kosong untuk menetukan seorang itu berpandangan positif atau berpandangan negatif.

Saya mengambil contoh gelas juga untuk menerangkan perihal 'cara berfikir'.

Pelbagai jenis 'cara fikir' insan kita boleh pelajari dari gambar diatas. Antara persoalan yang akan timbul oleh manusia yang berlainan apabila melihat gelas itu:

1)  Gelas itu separuh penuh
2) Gelas itu separuh kosong
3) Gelas itu penuh dengan angin secar teknikalnya
4) Gelas itu putih (tanpa sebut separuh,penuh atau kosong)
5) Gelas itu gelas kaca
6) Gelas itu bukan plastik
7) Gelas itu siapa yang punya? (tanpa sebut tentang gelas itu)
8) Kenapa gelas itu diletakkan disitu? tak reti nak basuh ke?
9) Kenapa minum separuh je? tak sedap ke air tu?
10) Membazir betul, kenapalah minum separuh je?

Banyak lagi 'cara berfikir' manusia yang akan berlainan setiap seorangnya dan persepsi itu dipandang menurut kaca mata perspektif yang berbeza dicedok dari tahap ilmu, pengalaman, bacaan dan olahan masing-masing.

Berbeza 'Cara Fikir'


Dalam konteks ini, Prof. Dr. Yusof Alqordhawi memberikan kaedah islam yang begitu harmoni dalam mengharungi kancah ini dengan cara penuh hikmah.

Dr.Zaharuddin menguraikan dalam tulisannya:

Apabila berlaku perselisihan, setiap individu yang terlibat perlu:

"Kedua-dua pihak perlu secara adil dan tenang mengenalpasti isu yang diperbezakan pandangan adalah terdiri dari isu qat’ie atau zanni thubut dan dalalahnya. Jika ia bukan dari isu yang Qat’ie, sepatutnya kedua-duanya sewajarnya tahu dan faham bahawa dalam sebarang hukum dan isu yang tidak disandarkan oleh dalil qati’e thubut dan dalalah, mana-mana pihak tidaklah boleh secara putus atau muktamad meyakini pihak lain sebagai salah dan dirinya sebagai wajib betul secara 100 %.

Tidak salah merasakan diri berpegang dengan pandangan yang betul lagi tepat, tetapi yang salah adalah seolah-olah sudah confirm pandangan lain adalah tersasar lalu menafi dan meremehkannya dengan cara yang keras atau penuh sindiran.

Proses tarjih (berijtihad) untuk menentukan pandangan yang paling tepat dan lebih kukuh boleh dilakukan. Selepas itu wajib pula ke atas pihak yang telah memilih untuk beramal dengan pilihannya. Namun ia tidak sekali boleh memburukan (taqbih al-mukhalifin) amalan dan pilihan pihak lain."


Seterusnya, Dalam majumu' rasail, Assyahid Imam Hassan Albanna ada menyelit beberapa 'research question' perihal perbezaan pendapat iaitu:

Kenapa pendapat kita tidak boleh mereka pertikaikan sepertimana pendapat mereka boleh kita pertikaikan?"

Kenapa kita tidak saling faham memahami dalam suasana yang harmoni jika ia suatu yang perlu?

Sedangka banyak titik persamaan, mengapa titik perbezaan juga yang dicari?

Bukankah kita dituntut supaya melakukan sesuatu yang disukai oleh saudara-saudara kita sama seperti kita suka melakukannya untuk diri kita sendiri? 


Hormat Menghormati Adalah Kunci


"Sebenarnya tidak salah berbeza pendapat tetapi yang salah ialah terlalu fanatik dengan sesuatu pendapat sehingga mengenepikan fikiran dan pendapat orang lain. Jika sikap seperti ini diamalkan dalam soal perbezaan pendapat, ia sudah tentu akan mampu menyatukan hati-hati yang retak. Apatah lagi untuk menyatukan mereka dalam satu gagasan" (Assyahid Imam Hassan Albana dalam majmu' rasail)

Namun akhirnya, tidak salah untuk kita mencari kebenaran dalam bentuk yang penuh hikmah.

Masing-masing ada 'cara berfikir' masing-masing.

Janganlah pula cuba memaksa orang lain untuk berfikir seperti kita juga.

Hormatilah sisi pandang masing-masing. 


Kesimpulan

Kita sesekali tidak boleh memaksa orang lain untu bersetuju dengan kita, begitu juga dengan orang lain.

Maka, bermaafanlah atas perbezaan tersebut.

Kita boleh bersatu dengan perkara yang kita persetujui, dan bermaafan dengan perkara yang tidak sependapat (Assyahid Imam Hassan Albanna, Majmu' Rasail)

Pada sudut pandang saya, ini adalah kaedah yang sangat signifikan untuk kita budayakan ketika berlaku perselisihan

Wallahuta'ala a'lam. Wallahuta'ala a'lam.