Ramai orang yang timbul rasa kurang keyakinan diri hasil daripada perasaannya akan kekurangan dirinya!(bagi saya ini adalah satu fakta). Saya sebagai seorang islam yakin, Allah mencipta manusia itu sempurna, dan yang paling penting yang perlu kita tanam YAKIN dalam diri adalah Allah itu adalah MAHA ADIL. Jadi mengapa harus berpikiran tentang kekurangan yang ada pada diri? Kan Allah telah mencipta anda secara sempurna??
“Hm, dia tak pa lah, ada paras rupa, aku ni tak de”
“dia lainlah, Pandai matematik, aku ni bengap”
“aku ni, kulit hitam, lainlah macam dia, kulit putih”
Dan macam-macam lagi yang kita sering dengar irama itu beralun dari mulut masyarakat kita, terutamanya bangsa kita iaitu melayu, yang tidak dinafikan, majoritinya adalah tertakluk dalam IC nye, beragama;ISLAM. Bukanlah hendak menunding jari atau sibuk tepi kain orang, tetapi, perkara ini harus kita telusuri dan melihat dengan kanta mata untuk mencari solusinya secara bersama sebelum ia menular menjadi virus yang tegar dan liar hingga ke anak cucu kita pula pada hari yang mendatang.
Selalu, rasa Rendah Diri, Tidak Yakin , Tidak Berani Kehadapan. Antara sebab-sebabnya rasa kekurangan pada diri.
“biarlah dia je yang Tanya lecturer, kalau aku Tanya kang, orang lain gelak pula”,
“ko lah g jumpa lecturer tu, lecturer tu bukan suka kat aku”.
Prasangka-prasangka ini sering kali menerjah kehidupan kita, kemana keyakinan kita? Kenapa anda tidak yakin? Kenapa anda sangat lemah? Kenapa anda tidak mahu bersaing? Kenapa anda biar sahaja diri anda diperendahkan?
–semuanya kerana perasaan kekurangan dalam diri itu menghangtui dan telah menguasai masyarakat kita sekarang ini-
Secara sedar atau tidak sedar, orang lain mahupun sesiapa sahaja akan Berjaya dengan jayanya mengambil peluang atas KESALAHAN kita tadi(perasaan diri ada kekurangan). Mereka dengan mudahnya dapat Berjaya ataupun menonjol dalam pelajaran, mereka dengan mudahnya dapat tender yang berjuta-juta, mereka dengan mudahnya dapat naik pangkat dan mereka dengan mudahnya mentertawakan anda dalam diam.
Sedangkan anda???masih di takuk yang lama, masih duduk dibawah pohon angan-angan, masih dinaungi cita-cita yang menjadi igauan minda serta khayalan yang tidak menjadi realiti!!!
Jadi, penulis ingin bersama-sama menyumbang idea, agar kita semua harus, mempunyai jiwa-jiwa yang berkobar-kobar untuk perbaiki diri, tidak mudah menyerah kalah , tidak rasa terkilan dengan kelemahan yang ada. Jika buat salah kita akan perbaiki dengan kesungguhan, jika tersilap, kita dahului dengan senyuman, jika dihina kita campakkan dengan adab yang sopan. Dengan ini, InsyAllah, kita akan dapat ubah persepsi kepada diri kita sendiri INYALLAH, kejayaan akan menjadi milik anda!!
Jangan takut untuk membuat perubahan, jangan melengah untuk membina kejayaan.
semoga istiqamah sahabtku..
ReplyDeletemcm ayat masa KHIDMAH je~~~
ReplyDeleteJika kita memandang peluang untuk ke hadapan itu sebagai peluang untuk mendapatkan pahala, apakah kita akan mendiamkan diri? Semangat inilah yang mendorong Saidina Ali tampil melawan perajurit Quraisy yang jauh lebih berpengalaman dalam perang Badar dan Khandak, sedang Ali masih seorang pemuda..
ReplyDeleteSalam ziarah..^^