Assalamualaikum dan salam sejatera kepada kamu lagi kepada semua, Allah izin kita bertemu lagi diruangan ini, moga usaha ini diberkati dan dikira sebaga amalan yang qowi.
Musim peperiksaan bermula, semua mahasiswa mahupun mahasiswi bertunkus lumus berusaha mengulangkaji, berdiskusi, dan membuat soalan past year exam.
Ramai juga yang menangis kerana menyesal kerana hari yang telah dibazirkan sebelum ini, tidak sempat untuk cover semua yang sudah dipelajari kerana masa yang amat sedikit.
Ada juga sibuk bertanyakan kepada pensyarah soalan-soalan yang mungkin keluar, pelbagai taktik dan teknik untuk mencungkil rahsia dari pensyarah yang sudah lali dengan tipu daya pelajar.
Belajar samapai lewat malam, kunci jam dan juga telefon bimbit untuk bangun pada awal pagi. Tambahan pula, ada yang tidak pernah sembahyang sebelum ini, mula membentangi sejadah, memohon doa, bersujud mengadu domba untuk mendapatkan kasihan ILAHI. (Alhamdulillah, moga ia dapat menukar cara hidup untu terus meminta kepada ALLAH)
Tidak kurang juga yang mengabaikan azan dilaungkan, dengan anggapan, tidak mahu GANGGUAN KOSENTRASI berlaku. Adakah betul tanggapan itu? (Siapa yang memberi kosentrasi tersebut?)
DR. Abdullah Sudin: “ Belajar biar pandai, Akhlaq biar jeruh, biar ISLAM boleh tumpang”
Rosdi Baharom: “Jangan risau dengan keputusan yang ditentukan ALLAH, usaha-usaha anda sudah dicatit sebagai pahala jika anda niat kerana ALLAH”
Hal ini semua, adalah PENANGAN ALAM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI mahupun dimana-mana sahaja. Boleh dikonklusikan, SEMUA PELAJAR BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENDAPATKAN KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.
Ingin kita selingkapi, dan hayati, APA YANG SUDAH KITA BUAT UNTUK PEPERIKSAAN YANG TERAKHIR SEKALI??
Peperiksaan yang pasti akan kita tempuhi, Cuma tarikh tidak diketahui, tapi yang paling penting, ia adalah PASTI, pasti tejadi dan tiada peperiksaan kali kedua, tidak boleh repeat paper, tidak boleh juga extend sem, mahupun tukar program untuk mencuba yang baru.
APA YANG TELAH KITA BUAT? Adakah cukup ? Adakah bekalan itu sudah memadai? Berapa lama sehari luangkan masa untun ALLAH? Sudahkah membuat back-up dengan SAHAM AKHIRAT?
moga anda dan saya mendapat saham kerana menulis dan membaca. IQRA'!
WALLAHUTAALA A'LAM
Betul2 bila nak exam nih dapat lihat macam2 ragam
ReplyDeletemanusia yang bergelar pelajar.
Reminder untuk final exam tu mantap sekali
.Ingatkan yang selalu terlupa mcm aku nih.
P/S:Ade kesalahan ejaan. Perenggan 5 kut.
salam.
ReplyDeleteEntry yang bagus.Peringatan untuk semua especially diri ini.
Nanti blehla nta ajar ana contract.Hehe
Moga iman sejenak dari reminder ni dimaintain sedaya upaya hingga bila-bila...^^ Semoga font times New Roman ini diterjemah menjadi font amalan kehidupan..
ReplyDeletejzkk sahabat2 skalian.
ReplyDeletemedan menulis tidak sama dgn medan amal.
doakan saya.