Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Motivasi Kehidupan

Matlamat yang jelas itu akan memberi sinar harapan yang gemerlapan.
Tanpa sasaran yang benar dan pudar, akan membebankan diri dengan pelbagai ketidakpastian.
Samar-samar dalam memegang sesuatu kepercayaan, memudahkan lagi penggoyahan dalam diri.

Oleh itu, seharusnya kita semua mencari dan terus mencari erti kehidupan yang sebenar agar ianya dapat dipacu dengan penuh semangat tanpa berasa sangsi dan ragu-ragu.

Dibawah ini adalah fahaman yang di'iman'i oleh Assyahid Imam Hassan Al-Banna dan para pengikutnya dan pemahaman ini telah memberi suluhan bersinar dalam kehidupanku. Sungguh bagiku, fahaman ini adalah benar lagi jelas.Aku mengambil keputusan untuk turut serta meng'iman'i pengertian ini dan mencuba sedaya upaya mengaplikasikan dalam kehidupan dengan keizinan ALLAH.

Tulisan dibawah ini dipetik dari Himpunan Risalah Ucapan Dasar Muktamar Ke Lima yang disampaikan oleh Assyahid Imam Hassan Al-Banna.

Moga memberi manfaat dan cahaya yang baru kepada semua yang membacanya.

Saya yakin bahawa hukum dan ajaran Islam lengkap mencakupi seluruh
urusan manusia di dunia dan di akhirat. Mereka yang merasakan ajaran Islam ini hanya menyentuh aspek ibadat atau kerohanian tanpa membabitkan aspek-aspek lain adalah silap. Islam adalah akidah dan ibadat, tanahair dan bangsa, agama dan negara, rohani dan amali, mashaf dan pedang. Al-Quran al-Karim menyentuh semua aspek ini dan meletakkan seluruh aspek ini sebagai teras Islam. Malah Islam
mengingatkan manusia supaya memenuhi seluruh aspek ini.

Ini dinyatakan oleh ayat al-Quran:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah). (Al-Qasas: 77)"

Seterusnya, ketika membaca al-Quran atau ketika sembahyang anda akan temui sepotong firman Allah yang menyentuh akidah dan ibadat:

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang
demikian itulah agama yang benar. (Al-Baiyinah: 5)"

Anda juga dapat membaca firman Allah yang menyentuh aspek pemerintahan,kehakiman dan politik:

"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (An-Nisa’: 65)"

Anda juga dapat membaca firman Allah yang menyentuh soal hutang dan
urusniaga:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah
sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah: 282)"

Bacalah firman Allah yang menyentuh aspek jihad, perang dan pertempuran:

"Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka
(semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersamasamamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi
orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. (Al-Nisa’: 102)"

Banyak lagi ayat lain yang menyentuh semua aspek ini. Demikian juga aspek-aspek tatasusila dan kemasyarakatan yang lain.

Wassalamulaikum.

Sumber: Himpunan Risalah-Risalah Assyahid Imam Hassan Al-Banna


Thursday, September 15, 2011

Sedar tidak sedar

Sedar tidak sedar, syaitan bersungguh-sungguh untuk meregangkan jalinan ukhwah yang berlandaskan kasih sayang islam.Ada sahaja yang dibisikkan.

Licik, pantas , bijak adalah siulan bagi mereka.

Moga ALLAH jauhkan kita dari syaitan yang direjam.


Tuesday, August 23, 2011

Pengakhiran

Malu jika bersungut soal kudrat.
Tulang 4 kerat sering sahaja mengadu penat.
Tapi hati sering mengatakan adakah kau sudah pasti amalan itu dikira atau hanya tenat yang kau dapat??
Jika nak dibandingkan orang terdahulu, memang sangat jauh yang amat.

Jadi, beringat-ingatlah ketika hendak berucap dengan suara kuat, takut itu semua henjutan motivasi yang entah berapa saat.
Hakikatnya sama-sama kita cuba menjalankan sesuatu yang memang berat.
Realitinya disekeliling kita adalah manusia yang berbeza tahap keringat mahupun kudrat.
Tidak hairanlah ada yang cepat dan lambat.

Pengakhirannya hanya ALLAH sahaja menjadi penentu di akhirat.
Disitu tidak terselindung siapa yang ikhlas mahupun hanya semangat.
Kehidupan adalah pentas membuat lakonan yang hebat
Sama-sama kita usahakan berlakon mengikut skrip Alqur'an dan Al-sunnah dengan penuh taat.

Friday, August 19, 2011

Bermadah memang mudah

Memang mudah untuk bermadah bicara dengan perkataan.Yang sangat mencabar dan sukar adalah:

"tukar daripada perkataan menjadi perasaan" (Rosdi Baharom,2011)

Kita takut firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لاَ تَفْعَلُونَ

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan (Ash Shaff, 61 : 2 – 3)


Sama-sama kita membina diri dan terus memberi, insyaALLAH ALLAH sangat arif isi hati makhlukNYA.



Tuesday, August 16, 2011

Rumah ALLAH

Masjid adalah tempat perkumpulan umat islam, sewajibnya kita merasakan ia adalah tempat penting yang perlu kita kerap kunjungi dan pergi.

Rasakanlah bahawa masjid tidak sesekali memerlukan kita untuk hadir beri'tikaf dan bersolat didalamnya , tetapi tanamlah dalam hati kita bahawa kita insan yang tidak punya apa-apalah yang memerlukan masjid untuk mendapat ganjaran dari ALLAH.

Islam itu indah..
Dalam konteks rumah ALLAH, insyaALLAH jika usaha kita ikhlas untuk hadir sembahyang didalamnya membuahkan pahala, berjumpa saudara seislam disana peroleh pahala, bersabar dengan karenah anak-anak kecil yang bermain semasa kita sedang sembahyang juga perolehi pahala.

Ya, kanak-kanak kecil itu suka bermain-main...
Tetapi ingatlah kita bahawa mereka-mereka ini adalah pewaris kita,dari bermain-main di masjid inilah mereka berjinak-jinak melangkah ke masjid,dengan keseronokkan bersama kawan-kawan inilah mereka dapat mengenali solat berjemaah.

Ya, kesabaran manusia juga punya batasan..
Bersabarlah kita juga pernah melalui saat seperti mereka, insyaALLAH dengan menahan dengan sabar amarah kita mereka-mereka ini pada suatu hari anatara golongan muda yang memenuhi masjid. Sama-sama kita doakan.

Sungguh, tiada ada rugi jika bersabar....insyaALLAH ALLAH akan beri balasan yang setimpal.
Moga ALLAH limpahkan rahmat kepada kita semua.

Monday, August 15, 2011

Law ka na bainana Habib

[Lau ka na bainana habib~ Jika Rasulullah s.a.w berada disisi kita]~ ia adalah salah satu rancangan di televisyen timur tengah, dan sekarang sudah mula ditayangkan di tv al-hijrah.

Rancangan yang akan mengingatkan kita suri tauladan Rasulullah s.a.w..
Rancangan ini juga menunjukkan perilaku masyarakat yang samaada mereka contohi atau mengendahkan tauladan Rasul junjungan.
Dan semestinya komentar-komentar dari pelaku mahupun moderator sangat memberikan kesan dihati.

Rancangan yang harus ditonton oleh kita semua.Moga ia memberi manfaat kepada kehidupan.


Sunday, April 17, 2011

Redha ALLAH

Perjumpaan akhir semester menjadi salah satu agenda dalam kalangan saya bersama sahabat-sahabat.

Perkongsian seorang sahabat sangat menyentuh hati dan membangunkan diri dari kesedaran dan tipu daya.

Hadis yang dikongsikan berkenaan: "Segala perbuatan itu mestilah berobjektifkan redho ALLAH."(Wan Akmal,2011)

Kisahnya-

ALLAH bertanya-“Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?. Dia menjawab : “Aku menuntut ilmu di jalanMu, lalu kusebarkan ilmu itu kerana mencari keredhaanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Sebenarnya engkau mencari ilmu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang 'alim”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

Untuk yang kedua, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku mencari harta yang halal, kemudian aku infaqkan harta itu di jalanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau infaqkan hartamu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang dermawan”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

Dan yang ketiga, dengan nasib yang sama, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku berperang di jalan Allah, hingga aku mati terbunuh”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau berperang supaya manusia menyebutmu sebagai seorang pemberani”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

ALLAHuakbar, hadis yang sangat memberi kesedaran kepada kita, agar kita muhasabah kembali, apakah dasar amalan yang kita lakukan.

Moga dengan sedikit kesedaran kita, ALLAH akan memberikan redhoNYA.

-Motivasi kepada insan-insan yang mengimpikan syurga ALLAH-

Wallahuta'ala A'lam.


Tuesday, April 12, 2011

Jaga Hati.

Pesanan Abu Salman:
Untuk buat dosa dan maksiat, mudah. Ibarat tarikan graviti, menarik kita jatuh ke bawah. Untuk laksana amal soleh payah. Ibarat mendaki bukit. Sebab itulah Nabi SAW ada bersabda: Jalan ke syurga, dikelilingi dengan kesukaran dan kepayahan, dan jalan ke neraka dikelilingi dengan keseronokan dan syahwat.

Moga manfaat kepada saya dan anda semua :)

lirik lagu yang memberi motivasi.

Jejak

Album : Untukmu Syuhada
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
smua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karna perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Allah, siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

* The Poems

gunung tinggi menjulang
samudra luas membentang
adalah lahan peneguhan

hutan rimba
padang gersang
jadi ajang pembuktian

hujan badai
terik panas kerontang
pasti kan hiasi perjalanan
saat langkah tlah diayunkan
pantang surut ke belakang hingga sampai ke tujuan
bertahanlah dan bersiap siagalah.

Thursday, April 7, 2011

Perbuatan Baik dan Tidak Baik

Perkongsian ringkas.

Dalam perbincangan bersama Prof Dr Ismail Ahmad di rumahnya. Beliau menghuraikan antara hadis didalam hadis 40. (tidak ingat hadis keberapa).

Tetapi antara isinya.

Rasulullah menyatakan-

"perbuatan baik itu, kamu akan berasa senang dan tenag melakukannya, demikian pula perbuatan yang tidak baik, kamu akan merasakan tidak selesa dan takut, akan orang lain melihatnya"

Wallahuta'ala a'lam.

Sunday, March 20, 2011

Senyuman :)




Pada hematku:

Senyuman sangat dituntut kepada manusia, lagikan kepada para dai'e.
Tidak kira dari lapisan kepimpinan, hinggakan lapisan yang tidak punya posisi.

Kerana senyuman itu,
mengukuhkan ukhwah,
meneguhkan kesiqahan,
menaikkan semangat bekerja,
mengubati hati yang terluka. -HR-

Tidak hairanlah ia juga dikira sbg 'sedekah'.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab).

Moga ALLAH beri kita peluang untuk sentiasa tersenyum, walau punya masalah.

Kongsikan kegembiraan, simpanlah kesengsaraan..kerana penyelasaian adalah milik Tuhan.

Wallahuta'ala a'lam.
Wassalam.

Saturday, February 19, 2011

Kerja-kerja Islam

Perkongsian dengan Ustaz Rahim di Restoran Mawaddah menambahkan momentum dan mencantikkan lagi perspektif untuk terus membuat kerja-kerja islam.

Kerja-kerja islam itu banyak...dari menolong membersihkan sampah di jalanan, sehinggalah menjadi kepimpinan dalam menguruskan organisasi yang membawa kepada islam.

Analogi yang Ustaz Rahim beri adalah, kerja-kerja islam itu berjalan tidak ubah seperti kereta panduan kita.

Jika kita perhatikan dari sudut lahiriah, kereta itu mempunyai pebagai komponen dari sekecil2 wiper,break,absorber dan sebagainya. Sehinggalah sang pemandu kenderaan tersebut dan kenderaan itu tidak akan bergerak dengan "licin" tanpa kolebrasi dan penglibatan komponen2 ini.

Ia tidak ubah seperti organisasi manusia, daripada kempimpinan(driver kenderaan),sehinggalah kepada seseorang individu yang tidak ada sebarang jawatan(seperti tayar kereta). Namun, semuanya adalah bermatlamat kepada satu, iaitu redha ALLAH, bukan redha manusia. Seterusnya mereka memenuhi dan menampung antara satu sama lain.

ALLAH tidak akan menilai sesuatu perkara itu dengan tingginya jawatan seseorang itu, tetapi, ALLAH akan mengira segala perbuatan yang ikhlas dan murni mahukan redhaNYA.

Dan disini, sebarang usaha daripada komponen2 tersebut seperti tayar yang duduk ditempat yang paling bawah sekali, yang terpaksa melalui air kotor, duri, jalan tar yang panas dan hujan yang tidak menentu sehinggalah kepada Sang pemandu kenderaan yang duduk di tempat yang selesa, berhawa dingin, di kerusi yang empuk adalah saling memerlukan, dan yang memisahkan semua sekali, adalah keikhlasan untuk berbakt itu.

Tiada erti menjadi seorang individu yang bertungkus lumus untuk berbakti, tetapi niatnya, hanya untuk mendapatkan redha manusia(tayar kenderaan). Samalah kiranya, jika kepimpinan itu, mentadbir dengan bijak sekali, tetapi mahukan kemasyhuran dan pujian dari manusia.

Tambah Ustaz Rahim lagi, dalam kita melakukan kerja-kerja islam ini, buatlah apa perkara sekalipun didalam kepakaran kita, tidak kira apa kepakaran kita, dari seorang yang boleh memasak sehinggalah orang yang ada ciri-ciri kepimpinan.Jika kita banyak duit, tetapi tiada masa untuk berbakti kepada masyarakat menggunakan kudrat(seperti menolong bersihkan rumah orang banjir) dermalah duit itu untuk membantu pembelian alat-alat untuk membersih. Jika kita seorang yang pakar dalam mendesign poster dan banner, bantulah dari sudut itu.Hinggalah sampai kepada yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa.....berdoalah agar sahabat-sahabat kita yang bekerja tadi, agar keikhlasan mereka teguh dan mendapat redha ALLAH.

Alhamdulillah, setelah mendegarnya bersama beberapa orang sahabat yang lain, hati ini dan sahabat2 lain lebih memahami konsep untuk berbakti, dan lebih jelas matlamat yang dicari.

----bekerjalah walaupun kita berada ditempat tayar kereta.InsyaALLAH ALLAH itu maha adil dan maha mengetahui segalanya.Moga ruh-ruh untuk berbakti kepada islam, terus mengalir dan diperbaharui dalam jiwa-jiwa kita semua.

Wallhuta'ala a'lam.

Friday, December 24, 2010

PERUBAHAN

Perubahan itu perlukan konsistensasi yang utuh.Tapi, pndpt peribadi saya mngatakan, walau bagaimana utuh konsistensasi tersebut, ia juga ada kalanya, jatuh.

Kerana, kita perlu akur, kita hanyalah manusia yang diciptakan ALLAH punyai limitasi yang punya iman yang menaik dan menurun.

Oleh itu, perlulah kita yakin bahawa, kejatuhan itu, bukanlah bermakna tersungkur lumpuh, tapi ianya hanya 'tergeliat sakit' sementara, dan perlukan keyakinan yang jitu untuk bangkit semula.

InsyaALLAH jika 'perubahan' yang hendak dibuat itu berlandaskan tekad mendekatkan diri dengan ALLAH. InsyaALLAH, ALLAH bantu memudahkan caranya.

Marilah smaa-sama kita berubah kearah lebih baik. Tidak sama sekali ia merugikan dan berlaku pembaziran.

Tahun baru akan menjelma tiba, bulan hijrah beransur pergi. Tanpa sedar ataupun ambil peduli,pola pergerakan tarikh ini senantiasa akan berlaku meninggalkan kita tanpa bicara. Yang membezakannya adalah jika kita terus melakukan 'PERUBAHAN' demi meningkat diri, keluarga, dan seterusnya masyarakat disekeliling kita.

Moga kita semua lebih baik dari semalam. :)

Wallahuta'ala a'lam.

Tuesday, November 23, 2010

persekitaran yang baru

Alhamdulilah dengan rahmat ALLAH dapat lagi kita bertemu bersama-sama dalam alam maya ini. mahu berkongsi, agar perkongsian ini diredhai ALLAH dan dapat memberi saya secebis pahala,

Berpeluang untuk praktikal(intern)?
ALLAH susun, apabila sudah beberapa sem melalui proses pembelajaran di universiti dengan sistem kuliah dan kerja amali, kita dipindahkan pula ke suasana yang realiti iaitu dialam pejabat mahupun di construction site.

Persekitaran keliling yang sangat baru, melihat proffesional2 yang sudah "chartered" membuat kerja. menimbulkan semangat yang baru, dan cita-cita yang baru. Namun, ada juga yang terselit dihati "begini rupanya kerja......" lebih baik blaja dari kerja. Dan bermacam-macam anggapan.

beberapa pesanan yang diberi kepada saya. dan saya ingin kongsikan bersama kalian.

1. intern ini adalah anda pergi menagih ilmu kepada company atau majikan anda, bukan anda pergi untuk mengharapkan gaji.

2. betulkan niat, dan pastikan setiap perbuatan itu mendatangkan pahala, jika tidak sangtlah rugi setiap masa yang berlalu.

3.buat kerja yang diberi dengan terbaik, bukan halai balai.

4. jaga akhlaq, dalam setiap tindakan.

5. buatlah orang tersenyum dan bantulah orang, kerana ia tidak rugikan apa2, ia sebenarnya mendatangkan keuntungan kpd anda.

moga yang belum, atau sedang dan telah berlalu, boleh sama2 kita peraktikkan. buat yang terbaik, berlandaskan islam. Wallahutaála a'lam.

Friday, October 1, 2010

bersahabat

Tidak dapat dipisahkan hidudpku dengan ukhwah bersama sahabat. ALLAH izin aku sudah dibiasakan dgn perkataan sahabat bermula dari sekolah rendah lagi.

"Paling segar dalam ingtnku, abah bersama sahabat2nya pergi ke perlis dgn menaiki satu van dan membawaku seorang sahaja budak kecil dalam van itu." tetapi masa tu, tidak terfikirlah nikmatnya bersahabat, perlunya bersahabat, dan kebaikkan2 bersahabat.

Sedang ku meningkat dewasa, semakin ku rasakan bersahabat itu sangtlah diperlukan. aku mula belajar cara2 untuk "berukhwah"/"bersilaturahim" dengan manusia2 disekelilingku. namapun baru belajar, ada juga kadang2 tersilap langkah, tapi ku positif mengatakan...itulah proses pembelajaran. moga ALLAH mengira itu semua sbgai amalan.

Alhamdulillah ALLAH izinkan aku duduk bersama manusia2 yang penuh hikmah, mahupun yang pandai dari segi mengambil hati manusia lain. ku sering memerhatikan tingkah laku mereka dan skill2 mereka dalam pergaulan. Disitu, aku terus belajar dan belajar.

Perjalann khidupan makin pantas melangkaui masa. berjalan dengan pantas bergerak meninggalkanku yang sedang bertatih u bertatih blajar mulut dan hati dan lainnya.

kini ku tahu apa itu ukhwah/bersahabat.
kini ku tahu nikmatnya bersilaturahim
kini ku tahu kepentingn menjaga hubungn sesama mukmin
dan kini ku tahu bahawa makin kuat persahabat, makin kuat lagi ujian.

aku sayang semua sahabt2ku insyaALLAh kerana ALLAH