Tuesday, February 16, 2010

Malu dan Takut!

Assalamualaikum hadirin sekalian, agar diri ini dan insan yang membaca di bawah lembayung rahmat Allah.

Masa yanga ada ini, ingin saya berkongsi tentang "MALU" dan "TAKUT".

Syarahan DR. Nashruddin bin Faisol dalam kuliahnya telah mengetuk pintu kesedaran tentang hakikat MALU dan TAKUT yang sering menyelebungi diri ini.

Khususnya malu dan takut yang tidak bertempat, sering menyelubungi masyarakat melayu saya kira, termasuk lah insan yang lemah ini.

Pergi makan berseorang malu dianggap tiada kawan,

Bercakap bahasa inggeris bersama rakan malu dipanggil "poyo", berpakaian smart malu
dianggap "skema",

Menjual barang malu dianggap golongan bawahan,
bagi golongan pelajar pula,

Nak bertanya soalan malu dianggap lembap, takut dimarahi ....

Perasaan2 yang sebegini, sepatutnya kita jauhkan dalam sifat kita sebagai seorang insan,
jika kita fikirkan kembali, kepada siapa kita takut dan malu, adalah sedih, kerana kita takut dan malu kepada manusia seperti kita sendiri, malu bersama rakan yang kita bergelak ketawa bersama di waktu yang lain.

Tidak keterlaluan jika saya membuat analogi ia seperti .." air telah terhidang untuk diminum ketika anda dalam kehausan yang amat, tetapi ketika yang sama, anda boleh pula tidak jadi minum air tersebut kerana kereta anda pancit"

Berani lah membuat sesuatu, endahkan perkara-perkara yang remeh dan tidak patut diendahkan.

Tidak salah malu dan takut, jika kena pada tempatnya, seperti, takut untuk pergi ke suatu tempat yang sunyi, ataupun, malu untuk bercakap sesuatu yang tidak elok.

Tetapi, pastikan ia Malu dan Takut bertempat.

Hal ini kerana, kita bercita2 besar untuk menjadi seorang pemimpim yang hebat, berangan-angan untuk menjadi bos besar di syarikat pencakar langit, mahupun bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dan disegani.

Insyallah, jika anda dan saya dapat mengubah persepsi tentang hakikat malu dan takut yang menyelubungi diri kita selama ini, kita semua akan berjaya !!

Moga Allah permudahkan niat baik kita.

4 comments:

  1. wassalam ya akhi..
    dari sudut penulisan saudara, sperti ana mengenali saudara.
    Dan saudara juga kenalan rapat dgn saya.

    ReplyDelete
  2. izzat: jazakallah kerana sudi lawat blog yang baru hendak mula mengatur langkah ini.

    ReplyDelete
  3. Aku selalu kut rasa malu nak buat benda yang org tak buat. Tapi kalau niat ikhlas insyaALLAH dapat mengatasi rasa malu tu. Dan lama2 kawan2 mula ikut perkara baik yang kita lakukan.

    ReplyDelete
  4. "Malu itu tidak membawa melainkan kebaikan," sabda Rasul SAW. Tapi yang kata malu tak bertempat itu ialah segan, bukan malu. Malu ertinya segan untuk melakukan perkara yang buruk atau mencalarkan maruah.^^

    Nice blog. Simple betul. Salam ziarah dari astrangemuslim.blogspot.com

    ReplyDelete