Ya, dan sudah pasti keizinan Allah menjandi penentu segala.
Tuesday, January 31, 2012
Cita-cita
Ya, dan sudah pasti keizinan Allah menjandi penentu segala.
Wednesday, January 25, 2012
Motivasi Kehidupan
Tanpa sasaran yang benar dan pudar, akan membebankan diri dengan pelbagai ketidakpastian.
Oleh itu, seharusnya kita semua mencari dan terus mencari erti kehidupan yang sebenar agar ianya dapat dipacu dengan penuh semangat tanpa berasa sangsi dan ragu-ragu.
Thursday, January 12, 2012
Universal
“Beriman bahawa Islam itu aqidah dan ibadah, tanahair dan bangsa, akhlak dan kebendaan, ilmu dan undang-undang, toleransi dan kekuatan. Mereka yakin dan berpegang teguh bahawa Islam adalah system yang lengkap dan merealisasikannya pada diri dalam semua aspek kehidupan, menyusun urusan dunia sebagaimana menyusun urusan akhirat. Mereka beriktiqad Islam adalah system amali dan ruhi secara seiring."
Sumber: Ucapan Dr.Muhammad Badiedisuatu perjumpaan kepada mahasiswa di Mesir. http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2011/09/ucapan-mursyid-am-di-muktamar-tullab.html
Sunday, January 1, 2012
Anak Muda:Victory Loves Preparation
Nasihat Hassan Al-Banna kepada sahabat-sahabat didikannya:
“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kami: Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya.
Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan.
Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan pertimbangan akal, sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu.
Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”
Sumber: http://blogs.iium.edu.my