Wednesday, September 15, 2010

Puisi untukmu yang bergelar pemuda(imam syafie')

puisi daripada imam syafie'

Bagi orang-orang yang berakal dan berilmu,
Tinggalnya di rumah tiada nikmat keselesaannya,
Maka tinggalkanlah tanah air dan berdaganglah ke tempat yang jauh,
Di sana akan didapatinya gantian bagi orang-orang yang ditinggalkannya.
Bersakit-sakitlah dalam kehidupan,
di situlah letak kelazatan,'

Lihatlah air bila ia bertakung baunya berubah menjadi busuk,
Dan kalau ia sentiasa mengalir,
barulah keheningannya kekal.

Singa tidak akan bertemu mangsanya jika ia tidak meninggalkan rimbanya,
Begitu juga panah tidak akan bertemu sasarannya jika tidak tinggalkan busarnya,

Lihatlah pula Matahari yang bergemerlapan indah,
kalau ia tetap tinggi di perut langit,
Nescaya akan dibosani oleh orang Ajam mahupun Arab yang memandangnya.

Bijih yang berharga tidaklah bernilai jika dibiarkan di tempatnya,
Begitulah juga kayu gaharu kalau ia ditinggalkan di buminya,
samalah ia dengan kayu-kayu lain yang bakal dibuat kayu api.
Kalau kedua-duanya (bijih dan gaharu) diambil keluar dari tempatnya,
Lihatlah betapa tinggi mutunya laksana emas.~

harapnya, atas usaha saya untuk berkongsi apa yang dijumpai di facebook afdholulrahma dapat diambil sebagai pemangkin supaya hidup kalian dan saya sbagai makhluk ALLAH terutamanya remaja akan bersinar.

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN

Ramadhan tiba lagi, alhamdulillah dengan keizinan ALLAH, kita sama-sam dapat menjengah ramadhan kembali. mungkin ramdhan yang lalu, kita siakan dengan perbuatan yang tidak menambah amalan, percakapan yang tidak membuahkan makna, perjalanan yang tidak menuju ALLAH.

Jadi, saya mengajak diri saya dan anda semua mengambil peluang ini secukup-nya untuk memadamkan kembali dosa-dosa yang hina sebelum ini.

Saya tersenyum dengan gelagat seorang ayah dan anak semasa solat terawih hari pertama. tersenyum sambil berfikir, mengapakah anak itu dimarah oleh ayahnya oleh kerana bermain-main sewaktu solat sedang diimamkan.

Teringat kembali zaman lampau, sewaktu diriku masih bertatih, berteriak dan berlari bersama rakan semasa terawih, merasakan seperti malam-malam ramadhan itu adalah , masa untuk pertemukan rakan-rakan sepermainan selepas waktu sekolah. rasa sangat bahagia bertemu rakan-rakan. bermain mercun di tepi masjid, dikejar pak guard sambil berlari. tanpa menghiraukan suasana khusyuk bapa-bapa dan ibu-ibu sedang bersolat terawih mahupun witir.

Sekarang aku sudah dewasa remaja. giliran aku melihat kerenah anak-anak buat perbuatan yang serupa.

Berfikirlah...

Sunday, July 18, 2010

Bayang-Bayang

hidup ini bagaikan bayang-bayang,
wajahnya samar-samar kelihatan, mungkin parasnya indah saujana, mahupun kelam gelap gelita,

kita tidak tahu akan apa yang akan terjadi, mungkin berseronok pada jam 7 pagi, dan akan berasa sedih jam 3ptg dengan pelbagai kemungkinan. Mungkin pada 23hb februari 2010 kita bermain dan bersenda gurau bersama ayah tercinta, dan mungkin 31mei 2010 kedengaran berita kematian ayahku yangt sebelum ini rakan segirangan.

sahabat juga bagai bayang-bayang,
gerak-geri merka sukar ditafsir oleh seorang pemuda sebagai hamba,

pada awalnya berasa mesra, bertukar idea, bercium muka, bercanda bersama dan tidak juga kuduga, akhirnya, berlaku persengketaan yang sangat nyata, tiada kata dua, yang ada hanyalah bermsam muka.

amalanku juga bak bayang-bayang,
ketaantan dan kekonsistenan membuat sesuatu sering kali ditewaskan syaitan yang tidak mahu manusia islami,

pada awalnya dan pertengahan umur muda, sangt berkobar semangat untuk membuat kerja-kerja islam, tetapi, pengakhirannya hanya duduk dan membaca surat khabar sambil meneguk kopi. dan mungkin juga, pada awalnya tidak menahu fasal islam masa mudanya, tetapi, sangtlah memberi komitmen dimasa lanjutnya.

bayang-bayang itu hanyalah dapat dicorakkan oleh kita sendiri.

Sunday, June 20, 2010

ROADSHOW LIFELINE4GAZA DI JOHOR.


Alhamdulillah ALLAH beri keizinan untuk roadshow lifeline4gaza berlangsung di JOHOR dengan jayanya, dan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

DI MASJID Bandar Baru Uda, JOHOR BHARU. Panel yang dijemput oleh jawatankuasa masjid adalah ustaz Hasannuddin Yusof dari AQSA SYARIF, dan DR. arbaien Shahwal dari HALUANPALESTIN. Dan dipenerusikan oleh imam masjid tersebut. Jemaah yang datang tidak kurang dari 200-400 orang memebuhi ruang masjid yang lengkap dengan penghawa dingin.

Mengambi daripada kata-kata yang disampaikan oleh dr. Arbaien shahwal, beliau mengatakan bahawa, Palestin adalah masalah aqidah bg umat islam, masalah yang tidak akan berakhir hingga hari kiamat selagi mana Palestin tidak dimerdekakan.

Selain, beliau juga menceritakan perihal sewaktu kejadian tragedi 31Mie, yang mana MAVI MARMARA diperlakukan dengan ganas oleh komando ISRAEL yang mahu menwan kapal. Beliau juga sebaga doktor perubatan menceritakan detik-detik yang cemas dan tidak boleh dilupakan sewaktu kejadian dimana beliau menium 3orang yang syaheed dengan beliau menggambarkan, baunya mayat shuhada itu seperti harumnya kasturi.

Beliau, juga sering mengulang-ulangkan supaya, masyrakat bangkit dari lena, kerana isu gaza ini bukanlah isu yang sementara, isu yang boleh diambil ringan dan realitinya isu yang perlu diutamakan dan beliau juga menyatakan kerinduan beliau untuk menjejakkan kaki ke GAZA.

Panel seterusnya Ustaz Hasannudin pula menyatakan bahawa, beliau dengan izin ALLAH beliau yakin bahawa Turki adalah Negara yang akan bangkit untuk membantu islam dan seterusnya akan diikuti oleh Negara arab yang lain dan Negara-negara islam yang lain.

Beliau juga menceritakan sewaktu MAVI MARMARA ditawan, beliau dipijak oleh komando zionis sambil ketawa, dan komando zionis menjadikan beliau sebagai tempat laluan jalan, dan komando-komando zionis yang lain yang lalu lalang disitu akan memijak badan beliau. Untuk meneruskan perjalanan, tetapi kata beliaudengan mengingatkan bahawa yang kaki yang pijak itu milik ALLAH, dan badan yang dipijak itu juga milik ALLAH, allhamdulillah kesakitan itu dapat ditempis oleh kerana ingatan kepada ALLAH itu sangat kuatdan katanya lagisaya teringat sewaktu dipijak itu dalam ayat al-quran, yang menyakatakan ahawa kaum yahudi ini adalah kaum perosak, dan sekarang ini, saya merasakan ayat itu secara realiti”.

Beliau yang juga pengerusi AQSA SYARIF memberitahu jemaah masjid bahawa, pihak AQSA SYARIF ada menyediakan skim bantuan anak-anak yatim. Dan jika ada dari Malaysia yang berhajat untuk menyara anak-anak yatim itu secara bulanan sangatlah dialu-alukan. Dan beliau menjanjikan, jika gambar anak-anak yatim yang disara itu, akan ditunjuk, dengan bantuan badan yang bertugas didalam GAZA.

Monday, May 3, 2010

MARI BERIMAN SEJENAK


Assalamualaikum dan salam sejatera kepada kamu lagi kepada semua, Allah izin kita bertemu lagi diruangan ini, moga usaha ini diberkati dan dikira sebaga amalan yang qowi.

Musim peperiksaan bermula, semua mahasiswa mahupun mahasiswi bertunkus lumus berusaha mengulangkaji, berdiskusi, dan membuat soalan past year exam.

Ramai juga yang menangis kerana menyesal kerana hari yang telah dibazirkan sebelum ini, tidak sempat untuk cover semua yang sudah dipelajari kerana masa yang amat sedikit.

Ada juga sibuk bertanyakan kepada pensyarah soalan-soalan yang mungkin keluar, pelbagai taktik dan teknik untuk mencungkil rahsia dari pensyarah yang sudah lali dengan tipu daya pelajar.

Belajar samapai lewat malam, kunci jam dan juga telefon bimbit untuk bangun pada awal pagi. Tambahan pula, ada yang tidak pernah sembahyang sebelum ini, mula membentangi sejadah, memohon doa, bersujud mengadu domba untuk mendapatkan kasihan ILAHI. (Alhamdulillah, moga ia dapat menukar cara hidup untu terus meminta kepada ALLAH)

Tidak kurang juga yang mengabaikan azan dilaungkan, dengan anggapan, tidak mahu GANGGUAN KOSENTRASI berlaku. Adakah betul tanggapan itu? (Siapa yang memberi kosentrasi tersebut?)

DR. Abdullah Sudin: “ Belajar biar pandai, Akhlaq biar jeruh, biar ISLAM boleh tumpang”

Rosdi Baharom: “Jangan risau dengan keputusan yang ditentukan ALLAH, usaha-usaha anda sudah dicatit sebagai pahala jika anda niat kerana ALLAH”

Hal ini semua, adalah PENANGAN ALAM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI mahupun dimana-mana sahaja. Boleh dikonklusikan, SEMUA PELAJAR BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENDAPATKAN KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.

Ingin kita selingkapi, dan hayati, APA YANG SUDAH KITA BUAT UNTUK PEPERIKSAAN YANG TERAKHIR SEKALI??

Peperiksaan yang pasti akan kita tempuhi, Cuma tarikh tidak diketahui, tapi yang paling penting, ia adalah PASTI, pasti tejadi dan tiada peperiksaan kali kedua, tidak boleh repeat paper, tidak boleh juga extend sem, mahupun tukar program untuk mencuba yang baru.

APA YANG TELAH KITA BUAT? Adakah cukup ? Adakah bekalan itu sudah memadai? Berapa lama sehari luangkan masa untun ALLAH? Sudahkah membuat back-up dengan SAHAM AKHIRAT?

moga anda dan saya mendapat saham kerana menulis dan membaca. IQRA'!

WALLAHUTAALA A'LAM

Friday, April 16, 2010

FENOMENA KAMPUS

PERKONGSIAN

Berjumpa lagi di halaman ini, saya ingin berkongsi perihal suasana di kampus, saya membuat kira-kira, kehidupan di kampus adalah sama, walaupun berlainan UNIVERSITI, mahupun MATRIX,POLITEKNIK, dan pusat pengajian lain selepas persekolahan.

DALAM KEPOMPONG

Kebnyakan antara kita, tidak akan duduk berasingan bersama rakan2(click2) yang rapat, saling bersama kemana sahaja, “disitu ada dia, disitu ada saya”.

Dan tidaklah keterlaluan saya kata, bahawa, apa yang rakan rapat anda tahu, kebanyakkan kefahamannya adalah sama yang anda ada, kalau lebih pun sikit sahaja. Kerana apa , jika anda mahu bertanya, anda akan bertanya rakan rapat anda, jika rakan rapat anda pun tidak tahu akan perihal itu, “sama-samalah tak tahu”, kerana persaan malu+takut tanya kepada orang lain yang tidak rapat dengan anda. (DR. Nashruddin B. Fisol)

Sesiapa terasa akan dirinya berada dalam golongan pelajar diatas, marilah kita berfikir sejenak, adakah itu membawa keuntungan kepada kita?

Anda sudah meningkat dewasa, anda perlu bebas dalam merangka hidup anda, anda tidak perlu tunggu sampai 30minit untuk pergi makan, dek kerana menunggu rakan anda yang baru sahaja bangun tido, yang nak bersarapan sekali dengan anda. Anda perlu rangka masa nada dengan betul, masa adalah semahal-mahal benda dan barang yang tidak boleh dijual beli.

KESAN

Anda akan duduk dalam keadaan yang tiak selesa apabila berseorangan. Ini akan anda hadapi di amsa hadapan. Anda akan bekerja, anda akan mempunyai tanggungjawab, dan kemungkinan besar anda perlu menguruskannya seorang diri. Jadi, mengapa mesti TAKUT dan MALU untuk berseorang?

SOLUSI

Anda jangan takut untuk merubah kehidupan kearah yang lebih baik, anda jangan peduli apa yang umum memikirkannya, buat apa yang anda rasa boleh perbaiki dan majukan diri anda selagi ia tidak bertentangan dengan syariat islam. FIKIRKAN BOLEH!

SELAUT BIRU

Ku ingin Berjaya menggapai puncak,

Ku ikin teroka lautan bergelora,

Ku tidak gentar badai menimpa,

Ku tidak peduli kata-kata nista,

KERNA KU TAHU, ALLAH ADA BERSAMA KU DI MANA-MANA

MARI BERUBAH

Monday, April 5, 2010

“KEKURANGAN PADA DIRI”

Ramai orang yang timbul rasa kurang keyakinan diri hasil daripada perasaannya akan kekurangan dirinya!(bagi saya ini adalah satu fakta). Saya sebagai seorang islam yakin, Allah mencipta manusia itu sempurna, dan yang paling penting yang perlu kita tanam YAKIN dalam diri adalah Allah itu adalah MAHA ADIL. Jadi mengapa harus berpikiran tentang kekurangan yang ada pada diri? Kan Allah telah mencipta anda secara sempurna??

“Hm, dia tak pa lah, ada paras rupa, aku ni tak de”

“dia lainlah, Pandai matematik, aku ni bengap”

“aku ni, kulit hitam, lainlah macam dia, kulit putih”

Dan macam-macam lagi yang kita sering dengar irama itu beralun dari mulut masyarakat kita, terutamanya bangsa kita iaitu melayu, yang tidak dinafikan, majoritinya adalah tertakluk dalam IC nye, beragama;ISLAM. Bukanlah hendak menunding jari atau sibuk tepi kain orang, tetapi, perkara ini harus kita telusuri dan melihat dengan kanta mata untuk mencari solusinya secara bersama sebelum ia menular menjadi virus yang tegar dan liar hingga ke anak cucu kita pula pada hari yang mendatang.

Selalu, rasa Rendah Diri, Tidak Yakin , Tidak Berani Kehadapan. Antara sebab-sebabnya rasa kekurangan pada diri.

“biarlah dia je yang Tanya lecturer, kalau aku Tanya kang, orang lain gelak pula”,

“ko lah g jumpa lecturer tu, lecturer tu bukan suka kat aku”.

Prasangka-prasangka ini sering kali menerjah kehidupan kita, kemana keyakinan kita? Kenapa anda tidak yakin? Kenapa anda sangat lemah? Kenapa anda tidak mahu bersaing? Kenapa anda biar sahaja diri anda diperendahkan?

–semuanya kerana perasaan kekurangan dalam diri itu menghangtui dan telah menguasai masyarakat kita sekarang ini-

Secara sedar atau tidak sedar, orang lain mahupun sesiapa sahaja akan Berjaya dengan jayanya mengambil peluang atas KESALAHAN kita tadi(perasaan diri ada kekurangan). Mereka dengan mudahnya dapat Berjaya ataupun menonjol dalam pelajaran, mereka dengan mudahnya dapat tender yang berjuta-juta, mereka dengan mudahnya dapat naik pangkat dan mereka dengan mudahnya mentertawakan anda dalam diam.

Sedangkan anda???masih di takuk yang lama, masih duduk dibawah pohon angan-angan, masih dinaungi cita-cita yang menjadi igauan minda serta khayalan yang tidak menjadi realiti!!!

Jadi, penulis ingin bersama-sama menyumbang idea, agar kita semua harus, mempunyai jiwa-jiwa yang berkobar-kobar untuk perbaiki diri, tidak mudah menyerah kalah , tidak rasa terkilan dengan kelemahan yang ada. Jika buat salah kita akan perbaiki dengan kesungguhan, jika tersilap, kita dahului dengan senyuman, jika dihina kita campakkan dengan adab yang sopan. Dengan ini, InsyAllah, kita akan dapat ubah persepsi kepada diri kita sendiri INYALLAH, kejayaan akan menjadi milik anda!!

Jangan takut untuk membuat perubahan, jangan melengah untuk membina kejayaan.