Friday, April 22, 2011

Hikmah Perkahwinan

Sumber : Majalah Haluan edisi 3/2010.
Tajuk : Bersiaplah Dan Bernikahlah.

Hikmah Perkahwinan

1. Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar rum 30:21)

2.Memelihara keimanan dan ketakwaan.

Al baihaqi RA meriwayatkan daripada baginda RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh daripada agamanya.Maka bertakwalah kepada ALLAH SWT pada separuh yang belum disempurnakan lagi"

3.Penghalang maksiat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"apabila seseoran kamu terpaut dengan seseorang perempuan lalu memberu kesan dalam hatinya,maka hendaklah dia mendapatkan isterinya dan "bersamanya" kerana dengan itu, boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya" (riwayat Muslim)

4.Keberkatan rezeki.

"kahwinlah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,ALLAH akan mengayakan mereka dengan limpah kurniaNYA dan ALLAh maha luas kemurahanNYA dan Maha Mengetahui." (An nur 24:32)

5.Mengembangkan keturunan

Rasulullah SAW amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhir zaman.Perkahwinan yang soleh akan melahirkan zuriat yang beriman dan bertaqwa.

Daripada Ma'qal Bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud : "Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur,kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai." (Riwayat al-Imam Abu Daud).

Wallahuta'ala A'lam.


5 comments:

  1. Fathi: insyaALLAH, kalau enta doakan supaya ia dipercepatkan dan dipermudahkan urusan. Ana ameenkan. :)

    ReplyDelete
  2. bila nie akhi???Lafaz Sakinah..hahaha...

    ReplyDelete
  3. Hanif: Apa yang bila?Lazfaz Sakinah? Hebat enta.Ana just kongsikan je,apa yang ada di Majalah Haluan. Ana Type Balik je.Moga Terselit ruh.Wallahuta'ala A'lam.

    ReplyDelete
  4. JazakaAllah akhi,anta ade perancangan yg terbaik..ana suka..:)

    ReplyDelete