Friday, December 24, 2010

PERUBAHAN

Perubahan itu perlukan konsistensasi yang utuh.Tapi, pndpt peribadi saya mngatakan, walau bagaimana utuh konsistensasi tersebut, ia juga ada kalanya, jatuh.

Kerana, kita perlu akur, kita hanyalah manusia yang diciptakan ALLAH punyai limitasi yang punya iman yang menaik dan menurun.

Oleh itu, perlulah kita yakin bahawa, kejatuhan itu, bukanlah bermakna tersungkur lumpuh, tapi ianya hanya 'tergeliat sakit' sementara, dan perlukan keyakinan yang jitu untuk bangkit semula.

InsyaALLAH jika 'perubahan' yang hendak dibuat itu berlandaskan tekad mendekatkan diri dengan ALLAH. InsyaALLAH, ALLAH bantu memudahkan caranya.

Marilah smaa-sama kita berubah kearah lebih baik. Tidak sama sekali ia merugikan dan berlaku pembaziran.

Tahun baru akan menjelma tiba, bulan hijrah beransur pergi. Tanpa sedar ataupun ambil peduli,pola pergerakan tarikh ini senantiasa akan berlaku meninggalkan kita tanpa bicara. Yang membezakannya adalah jika kita terus melakukan 'PERUBAHAN' demi meningkat diri, keluarga, dan seterusnya masyarakat disekeliling kita.

Moga kita semua lebih baik dari semalam. :)

Wallahuta'ala a'lam.

Tuesday, November 23, 2010

persekitaran yang baru

Alhamdulilah dengan rahmat ALLAH dapat lagi kita bertemu bersama-sama dalam alam maya ini. mahu berkongsi, agar perkongsian ini diredhai ALLAH dan dapat memberi saya secebis pahala,

Berpeluang untuk praktikal(intern)?
ALLAH susun, apabila sudah beberapa sem melalui proses pembelajaran di universiti dengan sistem kuliah dan kerja amali, kita dipindahkan pula ke suasana yang realiti iaitu dialam pejabat mahupun di construction site.

Persekitaran keliling yang sangat baru, melihat proffesional2 yang sudah "chartered" membuat kerja. menimbulkan semangat yang baru, dan cita-cita yang baru. Namun, ada juga yang terselit dihati "begini rupanya kerja......" lebih baik blaja dari kerja. Dan bermacam-macam anggapan.

beberapa pesanan yang diberi kepada saya. dan saya ingin kongsikan bersama kalian.

1. intern ini adalah anda pergi menagih ilmu kepada company atau majikan anda, bukan anda pergi untuk mengharapkan gaji.

2. betulkan niat, dan pastikan setiap perbuatan itu mendatangkan pahala, jika tidak sangtlah rugi setiap masa yang berlalu.

3.buat kerja yang diberi dengan terbaik, bukan halai balai.

4. jaga akhlaq, dalam setiap tindakan.

5. buatlah orang tersenyum dan bantulah orang, kerana ia tidak rugikan apa2, ia sebenarnya mendatangkan keuntungan kpd anda.

moga yang belum, atau sedang dan telah berlalu, boleh sama2 kita peraktikkan. buat yang terbaik, berlandaskan islam. Wallahutaála a'lam.

Monday, November 22, 2010

sahabat

saya sayang sahabat2 saya,
maaf andai ada yang terluka,
anda juga kuharapakan dapat menjaga saya,
kerana semestinya perhatian kalian penawar duka,
andai kalian tiada, siapalah saya.

saya suka bersahabat bersama mesra,
kerana disitu terdapat insan berguna,
mereka itu semua selalau mengingat daku untuk hari muka.

bersahabat itu juga suatu yang luar biasa,
kerana sering bersama walau berjauhan,
sekali berjumpa mesti berpelukan,
itulah sahabat yang sangat diimpikan.

saya menyayangi kalian wahai sahabat.tetapi, diri ini sering juga tersalah lihat.
moga jiwa2 kita disatukan dibawah satu rahmat.

Wednesday, October 6, 2010

dedikasi untuk umi dan abah

Saya bukanlah pujangga yang pandai bermain kata2 di komputer. Saya juga bukanlah penghipur lara yang sarat dengan idea. Tetapi hari ini, tergerak hati saya untuk mendedikasikan kata-kata dihati melalui penulisan di ruangan ini. moga ALLAH redha, dan mengira ia sebagai Amal.

UMI dan ABAH.

Ayat pertama yang paling sesuai adalah saya sangat MENCINTAI mereka.

Dua manusia yang sangat banyak berjasa dalam hidup ini. Jasanya tidak boleh dikira dengan apa jua teknologi saya kira. Dan siapalah saya tanpa mereka berdua.

Dan tidak sekali-kali saya terfikir, jasa mereka akan terbayar walaupun diri ini dihimbus tanah. Tetapi, insyaALLAH sering diingatkan dalam hati dan fikiran, jasa mereka akan cuba kubalas dengan kudrat dan bekalan yang ada.\

Ya ALLAH tempatkanlah mereka dalam syurga firdausmu,
YA ALLAH kau bimbinglah mereka ke jalan yang benar,
Tetapkanlah hati mereka dilandasan cahayamu,
Lapangkanlah hati mereka dengan nurhidayah kasih sayangmu.
Moga aku menjadi hambamu yang soleh, dan doaku akan dikabulkan untuk umi dan abahku.

wassalam.

yang mencintai Umi dan Abah,
PENULIS






Friday, October 1, 2010

bersahabat

Tidak dapat dipisahkan hidudpku dengan ukhwah bersama sahabat. ALLAH izin aku sudah dibiasakan dgn perkataan sahabat bermula dari sekolah rendah lagi.

"Paling segar dalam ingtnku, abah bersama sahabat2nya pergi ke perlis dgn menaiki satu van dan membawaku seorang sahaja budak kecil dalam van itu." tetapi masa tu, tidak terfikirlah nikmatnya bersahabat, perlunya bersahabat, dan kebaikkan2 bersahabat.

Sedang ku meningkat dewasa, semakin ku rasakan bersahabat itu sangtlah diperlukan. aku mula belajar cara2 untuk "berukhwah"/"bersilaturahim" dengan manusia2 disekelilingku. namapun baru belajar, ada juga kadang2 tersilap langkah, tapi ku positif mengatakan...itulah proses pembelajaran. moga ALLAH mengira itu semua sbgai amalan.

Alhamdulillah ALLAH izinkan aku duduk bersama manusia2 yang penuh hikmah, mahupun yang pandai dari segi mengambil hati manusia lain. ku sering memerhatikan tingkah laku mereka dan skill2 mereka dalam pergaulan. Disitu, aku terus belajar dan belajar.

Perjalann khidupan makin pantas melangkaui masa. berjalan dengan pantas bergerak meninggalkanku yang sedang bertatih u bertatih blajar mulut dan hati dan lainnya.

kini ku tahu apa itu ukhwah/bersahabat.
kini ku tahu nikmatnya bersilaturahim
kini ku tahu kepentingn menjaga hubungn sesama mukmin
dan kini ku tahu bahawa makin kuat persahabat, makin kuat lagi ujian.

aku sayang semua sahabt2ku insyaALLAh kerana ALLAH

Wednesday, September 15, 2010

Puisi untukmu yang bergelar pemuda(imam syafie')

puisi daripada imam syafie'

Bagi orang-orang yang berakal dan berilmu,
Tinggalnya di rumah tiada nikmat keselesaannya,
Maka tinggalkanlah tanah air dan berdaganglah ke tempat yang jauh,
Di sana akan didapatinya gantian bagi orang-orang yang ditinggalkannya.
Bersakit-sakitlah dalam kehidupan,
di situlah letak kelazatan,'

Lihatlah air bila ia bertakung baunya berubah menjadi busuk,
Dan kalau ia sentiasa mengalir,
barulah keheningannya kekal.

Singa tidak akan bertemu mangsanya jika ia tidak meninggalkan rimbanya,
Begitu juga panah tidak akan bertemu sasarannya jika tidak tinggalkan busarnya,

Lihatlah pula Matahari yang bergemerlapan indah,
kalau ia tetap tinggi di perut langit,
Nescaya akan dibosani oleh orang Ajam mahupun Arab yang memandangnya.

Bijih yang berharga tidaklah bernilai jika dibiarkan di tempatnya,
Begitulah juga kayu gaharu kalau ia ditinggalkan di buminya,
samalah ia dengan kayu-kayu lain yang bakal dibuat kayu api.
Kalau kedua-duanya (bijih dan gaharu) diambil keluar dari tempatnya,
Lihatlah betapa tinggi mutunya laksana emas.~

harapnya, atas usaha saya untuk berkongsi apa yang dijumpai di facebook afdholulrahma dapat diambil sebagai pemangkin supaya hidup kalian dan saya sbagai makhluk ALLAH terutamanya remaja akan bersinar.

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN

Ramadhan tiba lagi, alhamdulillah dengan keizinan ALLAH, kita sama-sam dapat menjengah ramadhan kembali. mungkin ramdhan yang lalu, kita siakan dengan perbuatan yang tidak menambah amalan, percakapan yang tidak membuahkan makna, perjalanan yang tidak menuju ALLAH.

Jadi, saya mengajak diri saya dan anda semua mengambil peluang ini secukup-nya untuk memadamkan kembali dosa-dosa yang hina sebelum ini.

Saya tersenyum dengan gelagat seorang ayah dan anak semasa solat terawih hari pertama. tersenyum sambil berfikir, mengapakah anak itu dimarah oleh ayahnya oleh kerana bermain-main sewaktu solat sedang diimamkan.

Teringat kembali zaman lampau, sewaktu diriku masih bertatih, berteriak dan berlari bersama rakan semasa terawih, merasakan seperti malam-malam ramadhan itu adalah , masa untuk pertemukan rakan-rakan sepermainan selepas waktu sekolah. rasa sangat bahagia bertemu rakan-rakan. bermain mercun di tepi masjid, dikejar pak guard sambil berlari. tanpa menghiraukan suasana khusyuk bapa-bapa dan ibu-ibu sedang bersolat terawih mahupun witir.

Sekarang aku sudah dewasa remaja. giliran aku melihat kerenah anak-anak buat perbuatan yang serupa.

Berfikirlah...

Sunday, July 18, 2010

Bayang-Bayang

hidup ini bagaikan bayang-bayang,
wajahnya samar-samar kelihatan, mungkin parasnya indah saujana, mahupun kelam gelap gelita,

kita tidak tahu akan apa yang akan terjadi, mungkin berseronok pada jam 7 pagi, dan akan berasa sedih jam 3ptg dengan pelbagai kemungkinan. Mungkin pada 23hb februari 2010 kita bermain dan bersenda gurau bersama ayah tercinta, dan mungkin 31mei 2010 kedengaran berita kematian ayahku yangt sebelum ini rakan segirangan.

sahabat juga bagai bayang-bayang,
gerak-geri merka sukar ditafsir oleh seorang pemuda sebagai hamba,

pada awalnya berasa mesra, bertukar idea, bercium muka, bercanda bersama dan tidak juga kuduga, akhirnya, berlaku persengketaan yang sangat nyata, tiada kata dua, yang ada hanyalah bermsam muka.

amalanku juga bak bayang-bayang,
ketaantan dan kekonsistenan membuat sesuatu sering kali ditewaskan syaitan yang tidak mahu manusia islami,

pada awalnya dan pertengahan umur muda, sangt berkobar semangat untuk membuat kerja-kerja islam, tetapi, pengakhirannya hanya duduk dan membaca surat khabar sambil meneguk kopi. dan mungkin juga, pada awalnya tidak menahu fasal islam masa mudanya, tetapi, sangtlah memberi komitmen dimasa lanjutnya.

bayang-bayang itu hanyalah dapat dicorakkan oleh kita sendiri.

Sunday, June 20, 2010

ROADSHOW LIFELINE4GAZA DI JOHOR.


Alhamdulillah ALLAH beri keizinan untuk roadshow lifeline4gaza berlangsung di JOHOR dengan jayanya, dan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

DI MASJID Bandar Baru Uda, JOHOR BHARU. Panel yang dijemput oleh jawatankuasa masjid adalah ustaz Hasannuddin Yusof dari AQSA SYARIF, dan DR. arbaien Shahwal dari HALUANPALESTIN. Dan dipenerusikan oleh imam masjid tersebut. Jemaah yang datang tidak kurang dari 200-400 orang memebuhi ruang masjid yang lengkap dengan penghawa dingin.

Mengambi daripada kata-kata yang disampaikan oleh dr. Arbaien shahwal, beliau mengatakan bahawa, Palestin adalah masalah aqidah bg umat islam, masalah yang tidak akan berakhir hingga hari kiamat selagi mana Palestin tidak dimerdekakan.

Selain, beliau juga menceritakan perihal sewaktu kejadian tragedi 31Mie, yang mana MAVI MARMARA diperlakukan dengan ganas oleh komando ISRAEL yang mahu menwan kapal. Beliau juga sebaga doktor perubatan menceritakan detik-detik yang cemas dan tidak boleh dilupakan sewaktu kejadian dimana beliau menium 3orang yang syaheed dengan beliau menggambarkan, baunya mayat shuhada itu seperti harumnya kasturi.

Beliau, juga sering mengulang-ulangkan supaya, masyrakat bangkit dari lena, kerana isu gaza ini bukanlah isu yang sementara, isu yang boleh diambil ringan dan realitinya isu yang perlu diutamakan dan beliau juga menyatakan kerinduan beliau untuk menjejakkan kaki ke GAZA.

Panel seterusnya Ustaz Hasannudin pula menyatakan bahawa, beliau dengan izin ALLAH beliau yakin bahawa Turki adalah Negara yang akan bangkit untuk membantu islam dan seterusnya akan diikuti oleh Negara arab yang lain dan Negara-negara islam yang lain.

Beliau juga menceritakan sewaktu MAVI MARMARA ditawan, beliau dipijak oleh komando zionis sambil ketawa, dan komando zionis menjadikan beliau sebagai tempat laluan jalan, dan komando-komando zionis yang lain yang lalu lalang disitu akan memijak badan beliau. Untuk meneruskan perjalanan, tetapi kata beliaudengan mengingatkan bahawa yang kaki yang pijak itu milik ALLAH, dan badan yang dipijak itu juga milik ALLAH, allhamdulillah kesakitan itu dapat ditempis oleh kerana ingatan kepada ALLAH itu sangat kuatdan katanya lagisaya teringat sewaktu dipijak itu dalam ayat al-quran, yang menyakatakan ahawa kaum yahudi ini adalah kaum perosak, dan sekarang ini, saya merasakan ayat itu secara realiti”.

Beliau yang juga pengerusi AQSA SYARIF memberitahu jemaah masjid bahawa, pihak AQSA SYARIF ada menyediakan skim bantuan anak-anak yatim. Dan jika ada dari Malaysia yang berhajat untuk menyara anak-anak yatim itu secara bulanan sangatlah dialu-alukan. Dan beliau menjanjikan, jika gambar anak-anak yatim yang disara itu, akan ditunjuk, dengan bantuan badan yang bertugas didalam GAZA.

Monday, May 3, 2010

MARI BERIMAN SEJENAK


Assalamualaikum dan salam sejatera kepada kamu lagi kepada semua, Allah izin kita bertemu lagi diruangan ini, moga usaha ini diberkati dan dikira sebaga amalan yang qowi.

Musim peperiksaan bermula, semua mahasiswa mahupun mahasiswi bertunkus lumus berusaha mengulangkaji, berdiskusi, dan membuat soalan past year exam.

Ramai juga yang menangis kerana menyesal kerana hari yang telah dibazirkan sebelum ini, tidak sempat untuk cover semua yang sudah dipelajari kerana masa yang amat sedikit.

Ada juga sibuk bertanyakan kepada pensyarah soalan-soalan yang mungkin keluar, pelbagai taktik dan teknik untuk mencungkil rahsia dari pensyarah yang sudah lali dengan tipu daya pelajar.

Belajar samapai lewat malam, kunci jam dan juga telefon bimbit untuk bangun pada awal pagi. Tambahan pula, ada yang tidak pernah sembahyang sebelum ini, mula membentangi sejadah, memohon doa, bersujud mengadu domba untuk mendapatkan kasihan ILAHI. (Alhamdulillah, moga ia dapat menukar cara hidup untu terus meminta kepada ALLAH)

Tidak kurang juga yang mengabaikan azan dilaungkan, dengan anggapan, tidak mahu GANGGUAN KOSENTRASI berlaku. Adakah betul tanggapan itu? (Siapa yang memberi kosentrasi tersebut?)

DR. Abdullah Sudin: “ Belajar biar pandai, Akhlaq biar jeruh, biar ISLAM boleh tumpang”

Rosdi Baharom: “Jangan risau dengan keputusan yang ditentukan ALLAH, usaha-usaha anda sudah dicatit sebagai pahala jika anda niat kerana ALLAH”

Hal ini semua, adalah PENANGAN ALAM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI mahupun dimana-mana sahaja. Boleh dikonklusikan, SEMUA PELAJAR BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENDAPATKAN KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.

Ingin kita selingkapi, dan hayati, APA YANG SUDAH KITA BUAT UNTUK PEPERIKSAAN YANG TERAKHIR SEKALI??

Peperiksaan yang pasti akan kita tempuhi, Cuma tarikh tidak diketahui, tapi yang paling penting, ia adalah PASTI, pasti tejadi dan tiada peperiksaan kali kedua, tidak boleh repeat paper, tidak boleh juga extend sem, mahupun tukar program untuk mencuba yang baru.

APA YANG TELAH KITA BUAT? Adakah cukup ? Adakah bekalan itu sudah memadai? Berapa lama sehari luangkan masa untun ALLAH? Sudahkah membuat back-up dengan SAHAM AKHIRAT?

moga anda dan saya mendapat saham kerana menulis dan membaca. IQRA'!

WALLAHUTAALA A'LAM

Friday, April 16, 2010

FENOMENA KAMPUS

PERKONGSIAN

Berjumpa lagi di halaman ini, saya ingin berkongsi perihal suasana di kampus, saya membuat kira-kira, kehidupan di kampus adalah sama, walaupun berlainan UNIVERSITI, mahupun MATRIX,POLITEKNIK, dan pusat pengajian lain selepas persekolahan.

DALAM KEPOMPONG

Kebnyakan antara kita, tidak akan duduk berasingan bersama rakan2(click2) yang rapat, saling bersama kemana sahaja, “disitu ada dia, disitu ada saya”.

Dan tidaklah keterlaluan saya kata, bahawa, apa yang rakan rapat anda tahu, kebanyakkan kefahamannya adalah sama yang anda ada, kalau lebih pun sikit sahaja. Kerana apa , jika anda mahu bertanya, anda akan bertanya rakan rapat anda, jika rakan rapat anda pun tidak tahu akan perihal itu, “sama-samalah tak tahu”, kerana persaan malu+takut tanya kepada orang lain yang tidak rapat dengan anda. (DR. Nashruddin B. Fisol)

Sesiapa terasa akan dirinya berada dalam golongan pelajar diatas, marilah kita berfikir sejenak, adakah itu membawa keuntungan kepada kita?

Anda sudah meningkat dewasa, anda perlu bebas dalam merangka hidup anda, anda tidak perlu tunggu sampai 30minit untuk pergi makan, dek kerana menunggu rakan anda yang baru sahaja bangun tido, yang nak bersarapan sekali dengan anda. Anda perlu rangka masa nada dengan betul, masa adalah semahal-mahal benda dan barang yang tidak boleh dijual beli.

KESAN

Anda akan duduk dalam keadaan yang tiak selesa apabila berseorangan. Ini akan anda hadapi di amsa hadapan. Anda akan bekerja, anda akan mempunyai tanggungjawab, dan kemungkinan besar anda perlu menguruskannya seorang diri. Jadi, mengapa mesti TAKUT dan MALU untuk berseorang?

SOLUSI

Anda jangan takut untuk merubah kehidupan kearah yang lebih baik, anda jangan peduli apa yang umum memikirkannya, buat apa yang anda rasa boleh perbaiki dan majukan diri anda selagi ia tidak bertentangan dengan syariat islam. FIKIRKAN BOLEH!

SELAUT BIRU

Ku ingin Berjaya menggapai puncak,

Ku ikin teroka lautan bergelora,

Ku tidak gentar badai menimpa,

Ku tidak peduli kata-kata nista,

KERNA KU TAHU, ALLAH ADA BERSAMA KU DI MANA-MANA

MARI BERUBAH

Monday, April 5, 2010

“KEKURANGAN PADA DIRI”

Ramai orang yang timbul rasa kurang keyakinan diri hasil daripada perasaannya akan kekurangan dirinya!(bagi saya ini adalah satu fakta). Saya sebagai seorang islam yakin, Allah mencipta manusia itu sempurna, dan yang paling penting yang perlu kita tanam YAKIN dalam diri adalah Allah itu adalah MAHA ADIL. Jadi mengapa harus berpikiran tentang kekurangan yang ada pada diri? Kan Allah telah mencipta anda secara sempurna??

“Hm, dia tak pa lah, ada paras rupa, aku ni tak de”

“dia lainlah, Pandai matematik, aku ni bengap”

“aku ni, kulit hitam, lainlah macam dia, kulit putih”

Dan macam-macam lagi yang kita sering dengar irama itu beralun dari mulut masyarakat kita, terutamanya bangsa kita iaitu melayu, yang tidak dinafikan, majoritinya adalah tertakluk dalam IC nye, beragama;ISLAM. Bukanlah hendak menunding jari atau sibuk tepi kain orang, tetapi, perkara ini harus kita telusuri dan melihat dengan kanta mata untuk mencari solusinya secara bersama sebelum ia menular menjadi virus yang tegar dan liar hingga ke anak cucu kita pula pada hari yang mendatang.

Selalu, rasa Rendah Diri, Tidak Yakin , Tidak Berani Kehadapan. Antara sebab-sebabnya rasa kekurangan pada diri.

“biarlah dia je yang Tanya lecturer, kalau aku Tanya kang, orang lain gelak pula”,

“ko lah g jumpa lecturer tu, lecturer tu bukan suka kat aku”.

Prasangka-prasangka ini sering kali menerjah kehidupan kita, kemana keyakinan kita? Kenapa anda tidak yakin? Kenapa anda sangat lemah? Kenapa anda tidak mahu bersaing? Kenapa anda biar sahaja diri anda diperendahkan?

–semuanya kerana perasaan kekurangan dalam diri itu menghangtui dan telah menguasai masyarakat kita sekarang ini-

Secara sedar atau tidak sedar, orang lain mahupun sesiapa sahaja akan Berjaya dengan jayanya mengambil peluang atas KESALAHAN kita tadi(perasaan diri ada kekurangan). Mereka dengan mudahnya dapat Berjaya ataupun menonjol dalam pelajaran, mereka dengan mudahnya dapat tender yang berjuta-juta, mereka dengan mudahnya dapat naik pangkat dan mereka dengan mudahnya mentertawakan anda dalam diam.

Sedangkan anda???masih di takuk yang lama, masih duduk dibawah pohon angan-angan, masih dinaungi cita-cita yang menjadi igauan minda serta khayalan yang tidak menjadi realiti!!!

Jadi, penulis ingin bersama-sama menyumbang idea, agar kita semua harus, mempunyai jiwa-jiwa yang berkobar-kobar untuk perbaiki diri, tidak mudah menyerah kalah , tidak rasa terkilan dengan kelemahan yang ada. Jika buat salah kita akan perbaiki dengan kesungguhan, jika tersilap, kita dahului dengan senyuman, jika dihina kita campakkan dengan adab yang sopan. Dengan ini, InsyAllah, kita akan dapat ubah persepsi kepada diri kita sendiri INYALLAH, kejayaan akan menjadi milik anda!!

Jangan takut untuk membuat perubahan, jangan melengah untuk membina kejayaan.

Thursday, March 4, 2010

mesti BERANI!!

Asalamualaikum sahabat2, dan rakan pembaca sekalian.
disini saya ingin berkonsgi penyampaian oleh lecturer SR. FAISOL.

Agak membantu saya kira, jika berkongsi keada anda semua.

BERANI!!..
satu ungkapan yang selalu kita simpan didalam jauh di lubuk hati. yang kita pagari dengan konkrit yang tidak bisa diluturkan.
..
Istilah secara zahiriah,keberanian dikala waktu meningkat dewasa mahupun telah di senja usia, kita tetap sukar untuk mencampakkan idea,bertanya bende yang tidak paham, mahupun menegur perkara yang mungkar. Tetapi, perasaaan TIDAK BERANI, menyelubungi diri, menguasai fikiran yang sering berlegar di ruang minda.

TANGGAPAN NEGATIF PENUH DI RUANG MINDA!

Pelbagai faktor yang kita tidak anggar jika kita melakukan sesuatu, selalunya, permikiran kita, penuh dengan tanggapan yang negatif, mahupun perkara yang kita takut itu, belum lagi dilaksana, belum lagi cuba dibuat.

CULTURE DI MALAYSIA terutama golongan warisan hang tuah!

Tidaklah adil saya kira jika saya tidak mengatakan bahawa, culture di Malaysia pun mempengaruhi, siapa yang kehadapan sedikit, mestilah diejek, paling tidak pun, paling kurang diperli.

HENDAK BERJAYA?

Saya tertarik dengan ulasan yang diberikan SR. FAISOL,
banyakkan bertanya jika tidak tahu, dalam islam ada mengatakan bahawa tidak lah elok banyak bertanya, YA, saya setuju 100% tanpa kompromi perihal itu, tetapi, hujahnya dibuktikan oleh ustaz NAJIB , yang menyatakan bahawa, kita boleh lah bertanya jika tidak paham, atas dasar niat untuk menambah ilmu, bukan mengkondem, atau ada niat yang buruk, selesai saya kira.

Anda adalah golongan yang tidak memahami, kenapa perlu TIDAK BERANI untuk bertanya??

Banyakkan SPEAK bukan TALK!

Anda perlu banyak SPEAK, bukan TALK. masalah yang menular sekarang ini, kita banyak lagi TALK, dari SPEAK. banyak lagi "ngumpat" a.k.a "gosip" dari bercakap tentang perkara yang ilamiah atau perkataan2 yang membawa kebenaran(SPEAK).

Perlu berani untuk SPEAK, suarakan pendapat, berkonsgi ilmu, bercerita pengalaman dan menyampaikan perkara yang dituntut agama. bukan banyak TALK!

Perkongsian diatas adalah untuk diri saya dan juga anda, mungkin hasilan ini dapat mengusik hati2 insan yang memerlukan motivasi diri, dalam mengharungi pelbagai mehnah dalam perjalanan di dunia ini. Semoga saya dapat rahmat dari Allah, jika ada kesalahan harap diteguri.

-motivasiinsan yang memerlukan peringatan-

Tuesday, February 16, 2010

Malu dan Takut!

Assalamualaikum hadirin sekalian, agar diri ini dan insan yang membaca di bawah lembayung rahmat Allah.

Masa yanga ada ini, ingin saya berkongsi tentang "MALU" dan "TAKUT".

Syarahan DR. Nashruddin bin Faisol dalam kuliahnya telah mengetuk pintu kesedaran tentang hakikat MALU dan TAKUT yang sering menyelebungi diri ini.

Khususnya malu dan takut yang tidak bertempat, sering menyelubungi masyarakat melayu saya kira, termasuk lah insan yang lemah ini.

Pergi makan berseorang malu dianggap tiada kawan,

Bercakap bahasa inggeris bersama rakan malu dipanggil "poyo", berpakaian smart malu
dianggap "skema",

Menjual barang malu dianggap golongan bawahan,
bagi golongan pelajar pula,

Nak bertanya soalan malu dianggap lembap, takut dimarahi ....

Perasaan2 yang sebegini, sepatutnya kita jauhkan dalam sifat kita sebagai seorang insan,
jika kita fikirkan kembali, kepada siapa kita takut dan malu, adalah sedih, kerana kita takut dan malu kepada manusia seperti kita sendiri, malu bersama rakan yang kita bergelak ketawa bersama di waktu yang lain.

Tidak keterlaluan jika saya membuat analogi ia seperti .." air telah terhidang untuk diminum ketika anda dalam kehausan yang amat, tetapi ketika yang sama, anda boleh pula tidak jadi minum air tersebut kerana kereta anda pancit"

Berani lah membuat sesuatu, endahkan perkara-perkara yang remeh dan tidak patut diendahkan.

Tidak salah malu dan takut, jika kena pada tempatnya, seperti, takut untuk pergi ke suatu tempat yang sunyi, ataupun, malu untuk bercakap sesuatu yang tidak elok.

Tetapi, pastikan ia Malu dan Takut bertempat.

Hal ini kerana, kita bercita2 besar untuk menjadi seorang pemimpim yang hebat, berangan-angan untuk menjadi bos besar di syarikat pencakar langit, mahupun bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dan disegani.

Insyallah, jika anda dan saya dapat mengubah persepsi tentang hakikat malu dan takut yang menyelubungi diri kita selama ini, kita semua akan berjaya !!

Moga Allah permudahkan niat baik kita.

-SELORI SIMEN-

Assalamulaikum hadirin sidang pembaca, moga diri ini dan anda dalam keredhaan Allah Yang Maha Esa.

Hati tergerak mahu berkongsi idea bersama kalian, jadi , saya menggunakan wadah(BERBLOG) ini untuk bersama kalian.

Dengan semangat "Sampaikanlah kamu dariKu, walau sepotong ayat"(Hadis Rasulullah s.a.w)

Moga Allah meneguhkan ketetapan hati saya ini, untuk menulis keranaNYA. Dan mengira sebagai amalan yang mulia disisiNya.